Latest News

Wednesday 8 April 2015

PROJEK IC SABAH

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i)  The former Prime Minister told... Oleh Web Free Malaysia Today (screenshot) (screenshot)
(ii)  Rosnah, ini kah the sign of... Oleh FB Page Bikin Panas Bah (screenshot)

APA yang dikatakan oleh Mantan Perdana Menteri adalah pemberian IC kepada mereka-mereka yang tinggal di Sabah sekurang-kurangnya 10 tahun, mereka itu sudah berasimilasi dengan rakyat asal Sabah serta mereka yang keluar masuk Sabah kerana menganggap Sabah adalah wilayah mereka.


Mereka yang diberikan IC itu tiada niat lagi kembali ke tempat asal mereka, tiada rekod jenayah dan setia kepada Yang Di-Pertuan Agong.


Dalam piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), seseorang individu yang menetap pada wilayah-wilayah tertentu di merata dunia, mempunyai hak untuk memohon kerakyatan daripada negara yang diduduki itu asalkan memenuhi pensyaratan sebagai warganegara.


Bagi isu Sabah, memang berlaku isu rentas sempadan sebelum merdeka lagi kerana pada masa itu, tiada isu sempadan. Sempadan hanya dibuat pada 16 September 1963. Oleh kerana aliran manusia yang bebas, maka ramailah penduduk jiran berhijrah ke Sabah kerana atas faktor ekonomi.


Sehingga tahun 1970, terlalu sukar memastikan mana satu penduduk negeri ini atau yang benar-benar rakyat negeri ini kerana dalam banci penduduk yang didapati, ramai sangat penduduk tidak mempunyai pengenalan diri. Oleh sebab itu, pemimpin Sabah pada masa itu meminta Jabatan Pedaftaran memasukkan satu klausa bahwa khusus untuk Sabah bagi tujuan permohonan kad pengenalan adalah memadai dengan SURAT SUMPAH atau akuan BERKANUN.


Keperluan Surat Sumpah dan Berkanun akhirnya dibatalkan pada tahun 1984 semasa era pemerintahan mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Dengan arahan beliau itu, dengan sendirinya PEMBERIAN KAD PENGENALAN untuk penduduk yang tinggal di Sabah yang kemudian disebut sebagai PROJEK IC oleh pihak-pihak tertentu, bukanlah didalangi oleh beliau.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook