Latest News

Wednesday 29 April 2015

RAKYAT SABAH HIDUP BERGEMBIRA!

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Masih lagi sana cakap SABAH MAJU Oleh FB Doris Jones (screenshot)

IMAGO kompleks beli belah baru, saban hari penuh sesak, demikian juga Oceanus, Suria Sabah, 1Borneo, malah yang terkecilpun City Mall, terlalu susah untuk cari letak kereta.

Berkunjung ke pekan-pekan seperti Kota Belud, Donggongon, Putatan, Papar, Tawau, Sandakan mahupun Kudat bukan mudah cari letak kereta disebabkan ramainya rakyat berkunjung.

Tempat-tempat rekreasi seperti Taman Tun Fuad, Bukit Padang seawal pukul 5 pagi lagi sudah dipenuhi penduduk berjoging. Demikian juga kawasan Kompleks Sukan Likas, Tanjung Aru, Jalan Pantai Likas, Pantai Bak-Bak, Kudat malah di kawasan-kawasan lain di Sabah penuh dengan orang ramai untuk beriadah.

Kantin-kantin di kompleks-kompleks kerajaan, baik waktu bersarapan pagi atau makan tengah hari tetap dipenuh kakitangan awam yang menjamu selera.

Saban hari, pihak polis terpaksa melakukan "road block" untuk mencari pemandu mabuk yang memandu kerana 'pub-pub' saban malam dipenuhi pengunjung untuk berhibur.

Di desa, rakyat sibuk mengatur ladang, sawah sementara mereka yang mendiami pesisir pantai saban hari turun ke laut kecuali di musim tengkujuh.

Lapangan terbang saban hari penuh dengan penumpang demikian juga pasar-pasar raya sehingga banyak pemilik kereta persendirian mengupah kereta mereka menjadi kereta sapu sebagai komplemen kepada teksi.

Gambaran di atas menunjukkan bagaimana rakyat Sabah bersuka ria dan membuatkan Ketua Menteri tenang berjoging setiap pagi di Kompleks Sukan likas, makan telur ayam bercampur madu dan bukannya makan ubat panadol seperti mana yang dilakukan oleh pemimpin pembangkang kerana senantiasa sakit kepala memikirkan bahawa perjuangan mereka tiada sokongan. 

Yong Teck Lee semakin botak kerana memikirkan bahawa parti SAPP semakin hari semakin ditolak rakyat demikian juga Jeffrey semakin angau. Update halaman Doris Jones, sudah tentunya dilakukan oleh salah satu ADMIN pihak-pihak pembangkang.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook