Latest News

Thursday 30 April 2015

SABAH-SARAWAK-MALAYA SATU ENTITI

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Mari kita betulkan persepsi FULL... Oleh FB Luke JS Biajin (screenshot)

PERKAHWINAN tiga (3) wilayah itu adalah perkahwinan kekal dan tidak boleh bercerai.

Meskipun tiga wilayah itu berlainan rumah namun bersuamikan satu, PERSEKUTUAN MALAYSIA.

Setiap isteri boleh sahaja meminta apa-apa keperluan akan tetapi bergantung kepada kemampuan si sang suami.

Jika anak-anak salah seorang isteri mahu membina rumah sendiri adalah dipersilakan. Tetapi, bukan bermakna tidak berbapakan Persekutuan Malaysia.

Bapa mahukan anak-anaknya semua berjaya dan atas sebab itu memberikan sebarang kelonggaran untuk maju dan bebas memilih apa jenis perniagaan, parti politik sebagai pilihan untuk menjadi ketua. Namun si bapa ingatkan, apapun anda lakukan jangan malukan bapa di kemudia hari kerana bapa tetap bapa dan anda perlu senantiasa ingat bahawa bapa adalah bernama PERSEKUTUAN MALAYSIA.

Anak-anak BAPA yang menyimpang seperti SSKM perlu dicegah kerana mereka itu terpesong dan mahu menghancurkan rumah tangga yang dibina sekian lama. Mereka itu tamak haloba kerana mahu merampas hak-hak anak-anak yang lain.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook