Latest News

Monday 13 April 2015

SETIAP UNDANG-UNDANG ADALAH UNTUK MEMPERTAHANKAN KEUTUHAN NEGARA

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) In Sedition Act changes, detractors fear clampdown on calls for Borneo autonomy Oleh Web The Malay Mail Online (screenshot) (screenshot) (screenshot)

Jika pemimpin parti pembangkang seperti Darell Leiking merasakan bahawa Akta Hasutan 1948 akan membendung suara-suara sumbang khususnya daripada Sabah dan Sarawak untuk keluar daripada Persekutuan Malaysia, memang betulpun kerana setiap undang-undang dalam negara ini bertujuan untuk mempertahankan keutuhan negara.

Akta Hasutan 1948, dipertahankan dan diperkuat dengan tambahan klausa agar supaya pihak-pihak tertentu yang terhasut oleh pihak asing dan dipergunakan pihak asing, jangan bebas menghasut rakyat Sabah dan Sarawak dengan berbagai dakwaan palsu dan imiginasi.

Gerakan SSKM yang mengunakan talian internet dengan mengatas nama Doris Jones sebagai srikandi mereka sebenarnya digerakkan oleh pihak tertentu dalam negeri ini di mana dibelakang mereka adalah pemimpin parti pembangkang yang beberapa kali ditolak oleh rakyat semasa pilihan raya.

Sabah, bukan sahaja diduduki oleh suku sakat Darell Leiking akan tetapi oleh lebih 30 suku kaum pelbaga bangsa lagi. Demi melindungi suku kaum yang cintakan keamanan dan cintakan keuntuhan negara yang dimiliki sekarang, maka satu undang-undang membendung pencegahan perlu ada agar mahkamah dapat berjalan sesuai dengan undang-undang yang ada. Tanpa undang-undang seperti itu, mahkamah akan menjadi "clawless".
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook