Latest News

Wednesday 22 April 2015

SUARA CEMBURU

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) BAPA KEMAJUAN PTI SABAH Oleh FB Page Pembongkaran Penipuan BN UMNO (screenshot)

MEREKA yang memutar belit dan mewar-warkan isu PATI kononnya penentu kepada kemenangan Umno dan Bn merupakan suara cemburu daripada para penyokong pembangkang yang ditolak rakyat.

Mereka cemburu kerana tidak mampu meyakinkan rakyat untuk mengundi mereka dan atas sebab itu senantiasa mencari helah dan berbagai alasan.

Rakyat Sabah yang mendaftar sebagai pengundi tidak sampai pun satu juta orang daripada 3.2 juta penduduk. Daripada 3.2 juta orang itu telah dikenal pasti hampir 900 ribu merupakan rakyat asing. Dakwaan facebook itu, kononnya kemenangan U/BN disebabkan oleh PATI, ertinya dalam daftar pengundi seramai 988 ribu itu, hanya 88 ribu sahaja adalah rakyat tempatan?.

Benarlah, bahawa para pembangkang cuba mencari berbagai bentuk fitnah kerana tidak mahu menerima kekalahan setelah ditolak oleh rakyat semasa pilihan raya umum.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook