Latest News

Tuesday 14 April 2015

TIADA HUBUNGAN KUASA TERHADAP PENGARUH SUKU KAUM

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) BN UMNO menggunakan cara licik ,menukar demografi penduduk tempatan Oleh FB Page Pembongkaran penipuan BN UMNO (screenshot)

Tiada hubungan antara suku kaum bangsa dan kuasa. Tiada bukti nyata bahawa kuasa itu boleh ditentukan oleh bangsa.

Kuasa dalam urusan politik adalah keputusan seluruh rakyat iaitu parti manakah yang mereka pilih semasa pilihan raya. Sebabnya, semasa mengundi bukan berasaskan suku kaum bangsa akan tetapi berasaskan parti.

Bagi parti Barisan Nasional (BN), semasa pilihan raya hanya berlambangkan 'timbangan', tiada tanda-tanda menjurus kepada sesuatu bangsa. 

Parti BN meliputi semua suku kaum bangsa dan agama ertinya sejak merdeka, rakyat telah memilih kerajaan bukan kerana bangsa akan tetapi berasaskan parti.

Dakwaan pada facebook kononnya bangsa menentukan kuasa adalah dakwaan cetek dan kurang faham apa itu sebenarnya falsafah kuasa dalam konteks sistem negara demokrasi berparlimen.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook