Latest News

Friday 3 April 2015

Tun Dr. Mahathir & Dato' Seri Najib: PERSPEKTIF SABAH


1. Projek IC timbul semasa Tun Dr. Mahathir masih Perdana Menteri. Isu ini sangat membakar sebahagian rakyat Sabah. Untuk merungkainya, Perdana Menteri ke-6, Dato Seri Najib Razak meluluskan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan PATI Sabah.

2. Jumlah menteri kabinet berasal daripada Sabah semasa era Tun Dr. Mahathir antara 3 hingga 4 orang. Jawatan para menteri itu adalah antara lain Menteri Koperasi dan Tanah atau Menteri di Jabatan Perdana Menteri, suatu jawatan yang tidak banyak menyumbang kepada pembangunan sosio-ekonomi Sabah. Sebaliknya, era Dato' Seri Najib, seramai 6 menteri penuh telah dilantik termasuk Menteri Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) dan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) serta beberapa menteri kanan yang lain.

3. Pada era Tun Dr. Mahathir, pendapatan Sabah daripada Petronas hanya terhad kepada bayaran royalti 5 peratus. Namun, di era Najib, Sabah dibenarkan berkecimpung dalam industri minyak dan gas malah mendapat bahagian 25 peratus daripada satu kawasan carigali di kawasan Pantai Timur Sabah. Kebenaran ini memberikan peluang kepada Syarikat Sabah M3Energy melakar sejarah bagi Sabah.

4. Selama 22 tahun, pembangunan Sabah seolah-olah diketepikan malah selama 9 tahun (1985-1994) peruntukan untuk Sabah dikurangkan dan jika ada peruntukan untuk Sabah, hanya dikendalikan oleh Jabatan Persekutuan Sabah sahaja.

5. Selama 22 tahun, terlalu sukar membantah keputusan Perdana Menteri. Namun di era Najib, Kabinet Sabah atau pemimpin Sabah mendapat perhatian, sebagai misalan, pembinaan Trans Borneo atau (dikenali Pan Borneo) yang pada mulanya telah diberikan kepada UEM-MMC syarikat milik Tan Sri Syed Mokhtar Al-bukhary namun kemudian diberikan kepada konsortium syarikat-syarikat tempatan daripada Sabah.

6. Hanya melalui era Najib, 16 September diistiharkan sebagai CUTI UMUM  seluruh negara.

7. Hanya melalui era Najib, Sabah dan Sarawak merupakan integral penting kepada Persekutuan Malaysia.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook