Latest News

Wednesday 13 May 2015

AKHIRNYA KERAJAAN DIPERSALAHKAN

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Kami Penduduk Kg.Sayap Oleh Fredd Lv Ninie (screenshot)

BERMULA tahun 2008, satu perancangan jalan raya dan empangan bagi kawasan kampung tersebut malah dana sudahpun tersedia. Namun, rakyat kampung itu membantah malah mereka mengadakan demonstrasi ke Dewan Undangan Negeri pada tahun 2010 yang lalu agar tidak membina empangan bagi kawasan itu. Masih ingat?

Dalam pembinaan empangan Tambatuon, salah satu pakej dalam projek itu adalah membina jalan raya berturap bagi kawasan tersebut. Namun, atas bantahan penduduk maka kerajaan terpaksa menarik balik peruntukan tersebut.

Bukan mudah bagi meminta peruntukan daripada perbendaharaan kerajaan. Banyak peraturan dan kertas kerja diperlukan. 

Kini, akibat tindakan penduduk sendiri yang terhasut dengan dakyah pembangkang khususnya SAPP dan DAP, maka akhirnya mereka yang rugi lalu menyalahkan semula kerajaan.

Sebagai bukti bahawa rakyat kampung tersebut tidak mahu pembangunan apabila pada PRU-13 lalu, mereka masih mengundi calon pembangkang.

Kawasan Kota Belud yang lain, khususnya Tempasuk dan kawasan-kawasan sekitarnya, di mana jelapang padi dibina, kini berdepan dengan isu sumber air kerana rancangan awal untuk mendapatkan air daripada empangan Tambatuon tidak menjadi.

Jika pada tahun 2010, kos pembinaan empangan dan jalan raya hanya bernilai RM465 juta dan jika dibina pada hari ini sudah tentu kos berlipat kali ganda. 

Nampaknya, penduduk kampung tersebut terpaksa menunggu lebih lama lagi kerana peluang yang ada terlepas begitu sahaja.

Seharusnya penduduk kampung itu jangan mengeluh kerana tindakan mereka sendiri menolak pembangunan yang dirancang oleh kerajaan.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook