Latest News

Monday 18 May 2015

AKIBAT MAHU CEPAT DAPAT UNTUNG, PAKISTAN UNTUNG

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Pakistanis lease trading licences from locals – MP Oleh Web The Borneo Post (screenshot) (screenshot)
(ii) Kami berharap agar rakyat Sabah... Oleh FB Page DEMI SABAH - Kelab Penyokong Darrel Leiking (screenshot)

DALAM perniagaan apabila ada penawaran maka ada permintaan. Inilah yang berlaku antara peniaga tempatan dengan peniaga Pakistan di negeri ini.  Kegiatan menyewakan lesen perniagaan bukan sahaja terhad kepada peniaga bumiputera akan tetapi melibatkan semua kaum termasuk peniaga Cina.

Sebagai peniaga, sudah tentu mengetahui untung bersih setiap bulan. Namun, apabila pihak peniaga Pakistan memberi keuntungan melalui menyewa lesen berkali ganda maka pasti tiada siapa peniaga yang tidak mahu.

Oleh kerana sifat perniagaan yang diceburi para peniaga Pakistan ini memerlukan mereka senantiasa menjaga dan mengawal perniagaan mereka, maka memerlukan mereka tinggal lama di negeri ini. Untuk membolehkan mereka tinggal, maka berlakulah pelanggaran undang-undang termasuk memalsukan dokumen antaranya seperti pemalsuan status perkahwinan mereka.

Peniaga Pakistan di negeri ini mempunyai jaringan yang kuat di mana ada pemborong 'tetap' mereka yang memberikan barangan untuk dijual secara "consignment" dan pembayaran diasaskan kepada barangan yang sudah dijual.  Mereka tidak memerlukan modal yang besar. Modal yang diperlukan hanya tenaga kerja dan menjaga jualan sehingga 24 jam sehari.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook