Latest News

Monday, 11 May 2015

ANTARA BAIL-OUT DAN PELABURAN

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Perkara ini boleh kamu ragui Oleh FB Page King Jason (screenshot)

BAIL-OUT, merupakan tindakan penyelamatan yang tidak membawa gantian, ertinya tidak berlaku pertukaran seperti mana berlaku dalam urusan jual beli. 

Pelaburan bermaksud apabila berlaku pertukaran seperti dalam urusan jual beli. Pelaburan adalah satu perkiraan berasas waktu, di mana sesuatu benda atau harta yang dibeli diunjurkan mendapat pulangan tertentu yang disebut keuntungan.

Bail-out merupakan satu tindakan memberi dana kepada sesuatu entiti untuk menyelamatkan entiti itu daripada muflis atau gulung tikar. Dalam soal 1MDB lawan Lembaga Tabung Haji (LTH), itu bukannya bailout akan tetapi satu urusan perniagaan.

Jika LTH memberi dana kepada 1MDB dengan jumlah besar misalnya RM10bilion tanpa kolektrol atau gantian, maka baharu dapat diistilahkan sebagai bailout.

Rafizi Ramli, sebagai seseorang yang berlatar belakang bidang akaun, memang mengetahui perbezaan antara bailout dan pelaburan namun berlagak bodoh sombong, itulah yang dimaksudkan oleh Dato' Abdul Rahman Dahlan.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook