Latest News

Thursday 21 May 2015

APA MAKSUD PEMILIK FACEBOOK TERSEBUT?

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) SK WASAI TUARAN... Oleh FB Luke JS Biajin (screenshot)

INILAH kepakaran pemilik facebook tersebut, hanya tahu mengupload gambar-gambar akan tetapi tidak menceritakan apa maksud gambar-gambar tersebut.

Jika berasaskan gambar-gambar tersebut, ertinya jalan masuk ke sekolah kampung tersebut tidak seperti di bandar. Kualiti pendidikan di sekolah itu juga kononnya tidak standard kerana jalan yang tidak berturap. Namun, pemilik facebook itu tidak mengupload gambar sekolah berkenaan. 

Benarkah jalan tersebut menuju ke sekolah tersebut? Jika benar, apakah guru-guru dan murid-murid melalui jalan tersebut?

Biasanya, sekolah-sekolah luar bandar seumpama ini, dibangunkan di tengah-tengah kampung agar supaya murid-murid mudah ke sekolah dengan berjalan kaki. Tidak sama dengan di bandar, di mana murid-murid tinggal berjauhan daripada sekolah.

Jalan seumpama ini, bukan pun mempengaruhi proses pembelajaraan di sekolah tersebut kerana jalan ini bukannya sebahagian daripada penghalang kepada proses pembelajaran. Lainlah jika jalan ini merupakan laluan tiap hari ke sekolah, maka jika itu yang berlaku sudah pasti jalan ini sudah lama diturap seperti mana jalan-jalan menuju ke sekolah di kawasan-kawasan lain.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook