Latest News

Friday 8 May 2015

BAHASA MALAYSIA MERUPAKAN BAHASA PERHUBUNGAN JUGA BAHASA KEBANGSAAN

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Adakah dengan memartabatkan bahasa asing Oleh FB Page The future of Sabah/Sarawak and the Federation of Malaysia (screenshot)

TIADA yang melarang penggunaan bahasa ibunda. Setiap keluarga bebas menggunakan bahasa ibunda.

Jika bahasa ibunda dikatakan pupus oleh sesetengah pihak, maka ianya bukan kerana bahasa perhubungan atau bahasa kebangsaan itu akan tetapi disebabkan oleh etnik berkenaan.

Bahasa Malaysia yang digunakan secara rasmi pada seluruh sekolah di Malaysia pada tahun 1973 dan sebelumya bahasa penghantar di sekolah-sekolah adalah bahasa Inggeris. Mengapa pada masa itu, bahasa penjajah itu tidak didakwa sebagai pemusnah bahasa ibunda?

"Hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih", inilah yang bersarang pada pihak-pihak tertentu yang anti bahasa kebangsaan dan juga anti negara sedangkan mereka ini, sebenarnya golongan yang berada di dalam tempurung.

Bahasa kebangsaan selain bahasa ilmiah juga sebagai bahasa komunikasi bagi rakyat seluruh negara yang berjumlah 30 juta penduduk. Sekiranya tidak bahasa kebangsaan, sudah tentu berbagai etnik di Sabah dan Sarawak bagaikan ayam dan itik yakni saling tidak memahami antara satu sama lain.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook