Latest News

Monday 11 May 2015

BEKALAN AIR KAWASAN MATUNGGONG

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) MASAALAH AIR DI KAWASAN N4 MATUNGGONG... Oleh FB YB Dato Jelani Hamdan (screenshot)
(ii) YB2 yg tersebut sila ambil perhatian rungutan rakyat.terutamanya YB maximus ongkli... Oleh FB Danny Chris (screenshot)
(iii) Ini kawasan Parlimen Kota Marudu YB Menteri Maximus Johnity Ongkili.. Oleh FB Doris Jones (screenshot)
(iv) Sementara itu, rakyat Negara Sabah di Pedalaman Kota Marudu... Oleh FB Page Sabah Sarawak Keluar Malaysia (screenshot)
(v) BN-UMNO tidak boleh pakai... Oleh FB Page 1 Suara Sabah (screenshot)

PROSES membekal air bersih bukan macam buat teh tarik dan ianya memerlukan masa, kos dan bekalan air itu sendiri.

Walaupun empangan/loji pembekal air sudah siap, namun tidak semestinya air boleh sampai ke rumah-rumah penduduk dengan segera. Rangkaian paip yang sempurna perlu dibuat lebih terlebih dahulu jika tidak akan berlaku kebocoran di merata tempat. Jika ini berlaku, bukan sahaja merugikan malah satu pembaziran.

Bekalan air di kawasan Matunggong bukan masalah baru, ianya masalah 50 tahun yang lalu. Dengan sebab masalah itu, maka dibina loji atau empangan yang boleh menjadi pembekal air secara kekal. Loji itu telahpun siap namun jaringan perpaipan ke rumah-rumah penduduk yang berselerak belum siap sepenuhnya.

Berkali-kali jawapan Tan Sri Pairin Kitingan di DUN Sabah yang meminta ADUN berkenaan menyelesaikan masalah jaringan paip ke rumah-rumah penduduk yang didepani oleh Jabatan Air, iaitu halangan pemasangan paip yang terpaksa melalui tanah-tanah penduduk.  Tanpa kerjasama daripada penduduk yang terbabit, maka terlalu sukar menyambung jaringan perpaipan.

ADUN kawasan itu, Dato' Jelani Hamdan, sebenarnya tahu perkara ini akan tetapi sehingga kini beliau gagal diberikan kebenaran daripada penduduk kampung yang memberi kebenaran penuh kepada Jabatan Air melalui tanah-tanah mereka untuk memasang jaringan perpaipan tersebut. Ini yang sedang berlaku!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook