Latest News

Thursday 14 May 2015

BN Sabah Sokong DS Najib


TIADA sebab, mengapa BN Sabah tidak sokong Perdana Menteri DS Najib Razak.

Sejak Perdana Menteri ke-6 itu menjadi Perdana Menteri, Sabah terus diberi perhatian. Degub jantung rakyat Sabah senantiasa didengar.

Dalam satu perjumpaan di Kota Belud Sabah bersama Perdana Menteri pada 10 Mei lalu, ahli parlimen Kota Belud merangkap Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan tempatan, Dato' Abdul Rahman Dahlan berkata, Najib merupakan Perdana Menteri terbaik di mata rakyat Sabah sejak merdeka.

Sokongan kepada Perdana Menteri bukan sahaja datang daripada Ketua Menteri Sabah yang juga merupakan Pengerusi Umno negeri, juga datang daripada presiden komponen-komponen Bn Sabah yang lain.

Presiden PBS, Tan Sri Pairin Kitingan dipetik sebagai berkata, terlalu banyak dibuat oleh DS terhadap Sabah yang meliputi semua segi dan aspek antara lain pembangunan, keselamatan dan keyakinan kepada para pemimpin Sabah.

Rakyat Sabah tidak mudah menyokong. Rakyat  Sabah sudah biasa memilih pemimpin yang mengambil berat masalah rakyat. Pemimpin itu, tidak lain tidak bukan adalah Dato' Seri Najib Razak.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook