Latest News

Friday 29 May 2015

BUKU DATUK PETER MOJUNTIN

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) apa guna buat begini? Kebenaran pasti terbongkar juga... Oleh FB Page Pembongkaran Penipuan BN UMNO (screenshot)

KERAJAAN mengekalkan larangan terhadap buku mengenai bekas Menteri Sabah Datuk Peter J. Mojuntin yang telah diharamkan selama 37 tahun kerana ia masih boleh mengancam kepentingan dan keselamatan negara.
  
Menteri Dalam Negeri Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata buku yang bertajuk 'The Golden Son of the Kadazan' telah diharamkan pada 22 Jun 1978 di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 yang kini telah dimansuhkan.

Buku itu diharamkan kerana ia mengandungi kritikan yang melampau terhadap kerajaan persekutuan termasuk dakwaan bahawa kerajaan telah membuat keputusan terburu-buru di negeri ini.

Buku ini amat cenderung ke arah mencetuskan pergeseran dan perbalahan di kalangan rakyat Malaysia terutamanya penganut Kristian dan Islam. 

Kandungan buku ini dikhuatiri boleh memudarat atau mungkin memudaratkan keselamatan dan ketenteraman awam jika tidak dikenakan perintah larangan.

Isu buku ini berbangkit semula apabila MP Penampang, YB Darell Leiking membangkitkannya di Dewan Rakyat baru-baru ini. 

Jika ada sesiapa yang telah membaca buku tersebut jelas sekali kandungan  buku tersebut bersifat menghasut dan jika tidak dilarang ianya  boleh menjejaskan keharmonian negara.

Perintah larangan terhadap buku itu tiada hubungan dengan parti-parti atau kerajaan secara khusus sebaliknya bertujuan untuk memelihara keharmonian antara berbilang kaum dalam negara.

Buku itu ditulis berdasarkan kehidupan dan perjuangan Mojuntin oleh Bernard Sta Maria.

  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook