Latest News

Monday 25 May 2015

CADANGAN DAP ITU MERUGIKAN RAKYAT

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) KK wants power as ‘growth catalyst city’ Oleh Web Free Malaysia Today (screenshot)
(ii) Mari kita lihat RMK terdahulu oleh kerajaan umno... Oleh FB Luke JS Biajin (screenshot)

JANGAN terperangkap dengan cadangan DAP itu kerana cadangan tersebut akan merugikan rakyat. 

Jika seseorang 'Datuk Bandar' dipilih, ertinya Datuk Bandar itu tentunya akan memberi keutamaan kepada pihak-pihak yang memilihnya seperti mana berlaku pada wakil-wakil rakyat yang dipilih berasaskan parti.

Memang pada asasnya, seseorang yang dipilih itu perlu berkhdimat kepada semua namun sifat partisan akan mendorong kepada keutamaan.

Kaedah pada hari ini, di mana ketua-ketua kerajaan tempatan seperti Datuk Bandar merupakan jawatan lantikan maka mereka yang dilantik itu tidak berkerja bagi pihak yang melantik akan tetapi berkerja kepada rakyat sesuai dengan keperluan sebuah kerajaan tempatan.

Bagi seseorang Datuk Bandar, rakyat yang mendiami kawasan atau berada dalam kawasan tadbir urus  merupakan katalis kepada pembangunan sesuatu bandar atau pekan kerana rakyat atau penduduk kawasan berkenaan merupakan sumber pendapatan kepada sesebuah bandar atau pekan.

Oleh sebab itu, perkhidmatan selaku Datuk bandar akan adil kepada semua pihak kerana tidak tergantung kepada fahaman politik.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook