Latest News

Friday 8 May 2015

CERITA LAPUK PATI DIKITAR SEMULA!

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) pendatang tanpa izin (pati) bukan isu besar di malaysia... Oleh FB Page The Future Of Sabah/Sarawak The Federation Of Malaysia (screenshot)

MASALAH PATI di Sabah sedang hampir pada noktahnya apabila kerajaan sudah membuat keputusan MEMBURU, MENANGKAP DAN MENGHANTAR pulang setiap PATI yang didapati di negeri ini. 

Sebaik sahaja diketahui punca sebenar PATI yang dirungkai melalui Laporan RCI (PATI) Sabah, kerajaan telah melakukan tindakan susulan dan kini tindakan itu semakin berjaya dan berbuah hasil.

Akibat tindakan itu, kini timbul keluhan pula daripada para peniaga, kontraktor binaan, pemilik ladang mahupun pemilik kebun getah akibat tindakan drastik kerajaan yang bukan sahaja mengakibatkan perniagaan menjadi lembab malah kekurangan tenaga kerja.

PATI tidak boleh dihubungkan dengan penentuan masa depan negeri kerana kerajaan yang memerintah dipilih melalui pilihan raya. Pada pilihan raya, hanya warganegara sahaja boleh mengundi. Sedangkan PATI, bukanpun terdaftar sebagai pengundi kerana status mereka adalah pendatang haram.

Dakwaan bahawa PATI penentu kepada kelangsungan pemerintahan negeri adalah hanya dakwaan puak-puak pembangkang dan SSKM kerana mereka mahu mendapat sokongan dan simpati daripada rakyat.

Akibat ketandusan isu, maka isu PATI dikitar semula sedangkan isu ini sudah menghampiri garisan penamat!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook