Latest News

Monday 18 May 2015

DAKWAAN DAP ITU MENGELIRUKAN

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) BN Sabah perlu memberi focus mengatasi masalah di matungung Oleh Blog sabahkini mirror (screenshot)
(ii) keadaan sebenar yang berlaku di Sabah Oleh FB Doris Jones (screenshot)
(iii) Rakyat guna air lumpur sbb miskin Oleh FB Jefrison Marabin (screenshot)

TIADA kebenaran berhubungan dengan kenyataan Timbalan Pengerusi DAP Sabah itu, kerana isu seperti itu tidak pernah disebut pada sebarang laporan daripada para pemimpin setempat bahawa penduduk kampung tidak mempunyai kemampuan untuk menyambung paip ke rumah-rumah mereka. Laporan yang ada hanya kengganan pemilik tanah yang terbabit dengan penyambungan perpaipan. Selain itu, masalah sumber air yang tidak tersedia bagi kegunaan penduduk.

Sebagai misalan, loji air di Pitas,yang hanya boleh mengeluarkan 4 juta liter sehari, sedangkan keperluan mencapai 9 juta liter sehari.

Loji air bersih yang dibangunkan di Kota Marudu tahun 2000 bukan sahaja untuk keperluan rakyat Kota Marudu mahupun juga penduduk Kudat. Berikutan itu, kerajaan telah merancang membina empangan Tambuton di Kota Belud yang di antaranya untuk menyelesaikan masalah air di utara Sabah.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook