Latest News

Wednesday 13 May 2015

DAKWAAN PANAS DAN LIAR: SABAH DAN SARAWAK AKAN MENJADI KEPUNYAAN MORO??

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Sabah part of a proposed Bangsamoro republic Oleh FB Page Sabah Intrigue (screenshot)
(ii) Surat khabar Filipina, MNLF mendakwa KERAJAAN MALAYSIA Oleh FB Sidie Dee (screenshot)
(iii) Malaysia invites MNLF for talks on Sabah, Sarawak Oleh Blog Sabah Sarawak keluar Malaysia (screenshot)
(iv) MNLF chairman Nur Misuari for possible talks in Malaysia Oleh Web The Philippine Star (screenshot)

satu sebab, North Borneo menyertai Persekutuan Malaysia kerana khuatir atas keinginan Filipina untuk menuntut Sabah. Malah, Sabah masih dalam perlembagaan negara itu adalah masih merupakan jajahan takluk negara tersebut.


Pada zaman moden ini, adalah sesuatu yang ganjil untuk menyatakan bahawa Malaysia mencadangkan agar Sabah dan Sarawak menjadi sebahagian  Republik Bangsa Moro (MNLF). Bangsa Moro merupakan rakyat Filipina yang menduduki Selatan Filipina, di mana sejak berdekad lamanya sedang berperang dengan Manila untuk menuntut kemerdekaan sendiri.

Perlarian daripada Filipina yang membanjiri Sabah bermula pada tahun 70-an merupakan pelarian daripada wilayah bergolak itu. 

Malaysia mengambil inisiatif perdamaian di Selatan Filipina bagi membendung masuknya pelarian ke Sabah. Melalui perdamaian, maka wilayah itu boleh membangunkan ekonomi demi rakyat negara itu.

Hanya melalui perdamaian yang mapan dan lestari sahaja masalah keselamatan di Pantai Timur Sabah akan bakal lebih terjamin. Kini, kerajaan melalui Esscom/Esszone, membelanjakan ratusan juta semata-mata untuk mengawal dan menjaga 1,400 km pesisir pantai timur Sabah yang bermula daripada Kudat hingga ke Tawau.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook