Latest News

Monday 18 May 2015

DASAR KABOTAJ BUKAN PENYEBAB HARGA TINGGI DI SABAH

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Then who to blame?... Oleh FB Doris Jones (screenshot)
(ii) Cabotage only contributed 6pc to... Oleh FB Jones Jangkat (screenshot)

BAGAIMANA dasar kabotaj dikatakan sebagai penyebab kepada harga barangan lebih tinggi di Sabah sedangkan barangan yang dipunggah di semua pelabuhan di Sabah mempunyai harga yang sama dengan di Semenanjung.

Berkali-kali dinyatakan, malah semua peniaga tahu bahawa harga barangan di Sabah lebih tinggi bukan kerana dasar kabotaj akan tetapi oleh peniaga tempatan termasuk orang tengah dan peruncit. 

Oleh kerana panjangnya rantai perniagaan, sebelum barang tersebut sampai kepada pengguna terakhir adalah penyebab sebenar harga barangan di Sabah lebih tinggi berbanding di Semenanjung.

Dasar kabotaj hanya meliputi pengangkutan barangan dalam negeri tidak melibatkan kapal dagang luar. Setiap kapal dagang bebas berlabuh di pelabuhan di Sabah dan bebas memunggah barang. Kalaulah kabotaj menjadi asas kepada harga barangan di Sabah tinggi, mengapa tidak mengimport barangan yang murah daripada luar negara? Tidak dilakukannya perkara itu berikutan mengimport lebih mahal berbanding barangan yang diangkut daripada Semenanjung. Harga barangan daripada Semenanjung kekal harga sama apabila tiba di pelabuhan Sabah. Jadi persoalannya, siapa yang menaikkan harga? Jelas di sini bukan kerana dasar kabotaj.

Dasar kabotaj, hanya dijadikan kambing hitam kerana dasar itu mempunyai faktor keselamatan bagi negara. Jika dasar itu dimansuh, perkara berikutnya akan berlaku sekiranya syarikat perkapalan antarabangsa akan sabotaj pengangkutan barangan dalam negeri, jikapun diteruskan dan dengan meletakkan kos yang lebih tinggi. Sebenarnya, pihak-pihak tertentu mempunyai niat tersirat untuk mengawal perkapalan dalam negara.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook