Latest News

Friday 29 May 2015

INFO HANYA BERASAS PERSEPSI

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Konspirasi Tertinggi UMNO Oleh FB Page Remove Musa Remove Umno Sabah (screenshot) (screenshot) (screenshot)

Pihak kami telah mendapat info daripada sumber yang boleh dipercayai bahawa kini terdapat Perang yang sangat sengit yang sedang berlaku diantara najib razak, muhiddin yassin, shafie apdal dan mukhriz mahathir serta pandikar amin. Satu lagi ialah sairin karno.

Jawapan: Ini bukan info akan tetapi sudah menjadi pengetahuian umum kerana kerap diwar-warkan di berbagai media. Bagi media pembangkang, mereka menokok tambah seolah-olah adanya pergeseran hebat antara para pemimpin tersebut.

Pemberi maklumat inginkan identiti dirinya disembunyikan atas faktor keselamatan. Terdapat dua cerita yang hangat ingin dikongsikan. Ini bukan khabar angin tetapi adalah realiti. Anda sendiri mampu menilainya melalui pemerhatian anda secara kasar namun info yang disampaikan disini bakal mengesahkan pemerhatian anda itu adalah benar.

Jawapan: Sebenarnya tiada pemberi maklumat, ianya merupakan ciptaan pemilik page ini.

Malaya

Di malaya, perang saraf diantara muhiddin yassin dan najib razak sudah jelas nyata dan bersuluh berlaku terang-terangan bahawa muhiddin ingin tumbangkan najib razak dengan sokongan mahathir mohammad dan shafie afdal. Ini juga disertai oleh pandikar amin.

Jawapan: Hanya persepsi kerana mereka menilai daripada segi komen-komen para pemimpin tersebut terhadap kemelut 1MDB.

Baru-baru ini kita dikejutkan bahawa terdapat pertemuan diantara pandikar amin dan mahathir mohammad. Seperti yang kita ketahui kini, akhirnya pandikar amin mengakui bahawa dia ada menghantar surat untuk meletak jawatan tetapi tidak diterima oleh najib razak.

Jawapan: Tan Sri Pandikar Amin Mulia telah menjawab bahawa peletakan jawatan beliau tiada kena-mengena dengan berbalahan antara Dato Seri' Najib Razak dengan Tun Dr. Mahathir.

Mengapa?

Pada pertemuan mahathir dan pandikar, mahathir telah menjanjikan jawatan "Ketua Menteri Sabah" kepada pandikar amin dengan syarat, pandikar harus membantu mahathir untuk menyerang najib razak namun apabila perkara ini didedahkan oleh mahathir kepada wartawan tentang perletakkan jawatan pandikar, najib telah memanggil pandikar dan telah menjanjikan perkara yang sama kepada pandikar amin bahawa jawatan "Ketua Menteri Sabah" akan diberikan kepadanya dengan syarat, dia mesti menyebelahi najib razak dan menyerang semula mahathir. 

Jawapan: Hanya ciptaan pemilik page ini, tiada kebenaran berhubungan dakwaan ini. Pandikar seorang yang sangat gentlemen jika speaker itu telah berjumpa Tun Dr Mahathir yakni hanya melibatkan empat mata dan tiada orang ketiga. Ertinya, apa yang ditulis oleh page ini merupakan khayalan sendiri.

Atas sebab itulah anda melihat bagaimana si pandikar amin yang tidak bermaruah, yang mementingkan pangkat, mudah dibeli dengan janji telah menyebelahi semula najib razak dan alasan tentang pengubahsuaian pejabat dan dewan parlimen yang menjadi faktor kepada perletakkan jawatannya seperti didakwa oleh si pandikar itu sebenarnya hanyalah rekaan semata-mata.

Jawapan: Tiada kebenaran dakwaan ini. Dakwaan ini adalah dakwaan yang kerap keluar daripada mulut-mulut pembangkang. Tan Sri Pandikar telah menjawab sendiri berhubungan dakwaan ini iaitu hasrat peletakan jawatan beliau telahpun beliau maklumkan dan tiada sesiapa yang meragui atau mempertikainya termasuk Perdana Menteri sendiri.

muhiddin yassin pula kini sedang berhempas pulas memburukkan najib razak dan berusaha untuk mempengaruhi orang-orang kuat umno untuk masuk ke kemnya untuk menggulingkan najib melalui "Undi Tidak Percaya" kerana persefahaman telah dicapai diantara mahathir dan muhiddin bahawa muhiddin dijanjikan bakal menjadi "Perdana Menteri Malaysia" untuk menggantikan najib razak. 

Jawapan: Tiada kebenaran berkaitan dakwaan ini. Tidak pernah sekalipun Tan Sri Muhyiddin memburuk-burukkan Perdana Menteri sebaliknya beliau membela ketuanya itu sehingga mencadangkan agar semua lembaga pengarah dan pengurusan 1MDB dipecat kerana memalitkan masalah kepada Perdana Menteri dan parti UMNO/BN secara amnya.

Persefahaman diantara mahathir dan shafie apdal juga telah dicapai apabila mahathir menjanjikan shafie apdal jawatan sebagai "Timbalan Perdana Menteri Malaysia" dengan syarat, shafie harus dan mesti membantu muhiddin yassin untuk menggulingkan najib razak dan membantu mahathir untuk memberikan laluan kepada anaknya iaitu mukhriz mahathir untuk menjadi "Timbalan Perdana Menteri" dibawah muhiddin yassin. 

Jawapan: Isu ini tidak berbangkit kerana sebarang kedudukan dalam kerajaan khususnya jawatan Perdana Menteri dan Timbalannya, tergantung kepada kedudukan dalam parti Umno. Sejarah Umno, kedudukan seseorang hanya ditentukan oleh ahli-ahli parti dan bukannya pemimpin tertentu.

Apabila ini sudah menjadi kenyataan, mukhriz pula akan menggulingkan muhiddin yassin dan mengambil syafie apdal sebagai timbalannya iaitu "Timbalan Perdana Menteri" dan mukhriz mahathir akan menjadi "Perdana Menteri Malaysia". Perancangan ini tidak diketahui oleh muhiddin yassin bahawa dirinya bakal dipancung setelah najib berjaya digulingkan. Apakah anda fikir mahathir begitu bodoh untuk membantu muhiddin jikalau dia tidak ada kepentingan???

Jawapan: Dakwaan ini adalah biasa bagi pihak pembangkang. Namun, tidak akan mampu mempengaruhi para ahli Umno. Bagaimana pula pembangkang boleh bercakap mewakili pemimpin Umno? Pelik tapi benar!

Sabah

Di Sabah pula, perang untuk menggulingkan musa aman pula semakin menjadi panas dikalangan orang-orang umno sendiri. Masihkah anda ingat dahulu bahawa terdapat sekumpulan adun umno daripada Sabah telah pergi ke malaya untuk berjumpa dengan najib razak. Tahukah anda apakah sebabnya? Sebabnya adalah kerana mereka ingin mengusulkan undi tidak percaya terhadap musa aman. Tetapi malangnya apabila dalam kumpulan itu, salah seorang tidak bersama-sama dengan mereka kerana telah mengkhianati dengan membocorkan perkara tersebut kepada musa aman. Salah seorang daripada adun yang telah pergi ke malaya adalah "sairin karno" yang juga sebenarnya berada didalam kem Shafie apdal, adun umno daripada keningau. 

Jawapan: Tiada kebenaran! Bagi pihak Umno, Datuk Seri Musa Aman adalah pemimpin utama mereka. Ini telah dipersetujui yakni di mana sahaja Musa, disitulah para pemimpin Umno. Jangan libatkan dan persoalkan Datuk Sairin Karno hubungan beliau dengan Musa kerana bukan pada masa ini sahaja akan tetapi telah bermula sekian lama iaitu sejak di zaman Usno lagi. Mereka tidak akan saling bertelagah kerana semasa Usno pun masih pembangkang, mereka setia di antara satu sama lain. Bagaimana pula mereka bertelagah di kala mereka sedang memerintah? Ketidakhadiran Datuk Sairin semasa lawatan Musa di Keningau sempena Pesta Keaamatan telah Musa maklumkan bahawa Sairin mempunyai tugas rasmi di Langkawi yang telah diatur sebelum ini.

Apabila musa aman mendapat tahu akan perkara tentang usaha untuk menggulingkannya, musa aman telah menjanjikan sairin karno menteri penuh didalam kabinet menteri Sabah. Atas sebab itulah mengapa sairin karno kini berhempas pulas mempertahankan musa aman daripada serangan-serangan dikalangan umno itu sendiri.

Jawapan: Datuk Seri Musa Aman tidak perlu membuat janji kepada sesiapa. Pelantikan kabinet Sabah atas kuasa Ketua Menteri. Sesiapa sahaja pemimpin akan mempunyai peluang yang sama termasuk Sairin jika dilantik sebagai menteri penuh.

Ini berlaku apabila shafie apdal berkeinginan untuk menjadi "Ketua Menteri Sabah" setelah merasakan dirinya tidak berpeluang untuk menjadi Timbalan Perdana Menteri ketika itu namun melihat kepada keadaan sekarang, ia seolah-olah (kononlah) memberikan peluang kepada dirinya mencapai cita-cita tersebut untuk menjadi "Timbalan Perdana Menteri". Namun, perang diantara shafie dan musa masih berterusan apabila musa aman tidak meluluskan projek membina jambatan daripada semporna ke pulau bum-bum. 

Jawapan: Hanya persepsi dan andaian liar. Tiada kebenaran berkenaan dakwaan ini. Semua ini hanya cerita kedai kopi.

Kini, kebanyakkan etnik Bajau dan Suluk Semporna amat membenci musa aman dan telah memberikan sokongan kuat kepada shafie apdal selaku penaja kepada puluhan ribuan pendatang asing daripada Filipina ke Semporna untuk menguatkan undi melalui projek IC. Manakala etnik Bajau dan Suluk yang original di Sabah pula berasa teraniaya dengan tindakan shafie apdal kerana terlalu bodoh kegilaan pangkat sehingga sanggup mengkhianati bangsa Sabah dengan projek IC ini.
Inilah cerita sebenarnya.

Jawapan: Tiada kebenaran perkara ini. Pada 10 mei lalu, semasa lawatan Perdana Menteri ke Tawau rakyat yang berhimpun terdiri daripada suku kaum Bajau dan Suluk. Dakwaan seumpama ini, hanya dakwaan pembangkang untuk memancing undi dan mewujudkan persepsi negatif terhadap Musa. Terlihat bagaimana pemilik page ini, kerap kali menuduh Datuk Seri Shafie Apdal sebagai dalang kepada Projek IC manakala pada masa yang lain menuduh Datuk Musa. Page ini, memang dicipta untuk memburuk-burukkan para pemimpin Bn khasnya Ketua Menteri sesuai dengan tajuknya "REMOVE MUSA REMOVE UMNO SABAH".

Apakah kesimpulan yang dapat dilakukan daripada pendedahan ini?
Mereka-mereka ini sebenarnya berjuang untuk kepentingan diri-sendri demi jawatan dan langsung tidak mempunyai niat untuk berjuang untuk rakyat sebaliknya menjadikan rakyat sebagai tempat bagi mereka untuk mencuri duit melalui perlaksanaan GST bagi menampung kos konspirasi mereka. 

Jawapan: Kerajaan negeri yang diterajui Umno sejak tahun 1994 telah melonjakkan ekonomi negeri sehingga kerajaan dapat mengumpul simpanan tetap melebihi RM3 bilion di mana belum pernah dicapai sebelum ini. Bajet kerajaan negeri telah kerap kali membuat rekod di mana sebelum ini belum pernah berlaku. Para pemimpin Barisan Nasional (BN) hanya memikirkan kemajuan negeri bagi pembangunan sosio ekonomi terus berkembang, pelaburan asing terus bertambah mahupun projek-projek mega untuk rakyat saban tahun diteruskan.

Mengapa rakyat Sabah begitu bodoh untuk mempertahankan seorang manusia yang langsung tidak mengenal erti kejujuran, integrasi, maruah, tanggungjawab serta komitmen terhadap bangsa Sabah? Mengapa harus mempertahankan manusia yang hanya tahu menyuap duit apabila memerlukan bantuan dan menendang anda apabila sudah tidak diperlukan? bn-umno Sabah kini sudah jelas menindas rakyat dan menipu siang dan malam dengan hujahnya yang berbunyi akademik tetapi sebenarnya penuh dengan dusta dan fitnah sepenuhnya.

Jawapan: Ini kerana ketelusan para pemimpin Bn yang diketuai oleh Datuk Seri Musa Aman, rakyat Sabah telah menyokong kerajaan BN sejak tahun 1994.

Apakah rakyat Sabah sememangnya benar-benar bodoh kerana tidak mampu melihat akan perkara ini ataupun terperangkap dengan kebaikan palsu yang telah diberikan? Kononnya sebagai mengingati jasa, sokongan melalui undi perlu diberikan walaupun jelas manusia itu membuang najis dan air kencing ke muka anda?
Apakah rakyat Sabah tidak sedar-sedar bahawa selama umno bertapak di Sabah, isu penculikkan dan pencerobohan tidak pernah berkesudahan malah bertambah parah lagi dengan kelambakan warga asing yang tinggal di Sabah tanpa dokumen dan telah diberikan dokumen agar membolehkan mereka mengubah senario politik Sabah yang akan berpihak kepada umno-bn? Bodoh sangatkah bangsa Sabah yang tidak menyedari bahawa warga asing daripada malaya kini sudah berlambak disana-sini sehingga muak melihat serta mendengar loghat malaya yang kononnya lebih superior (Kelas Tinggi) daripada bangsa Sabah dan menganggap bangsa Sabah ini adalah golongan inferior (Kelas Bawahan)?

Jawapan: Kerajaan akan terus membela rakyat dan atas sebab itu setiap pilihan raya, rakyat Sabah memberi kuasa 2/3 kepada Bn di Dewan Undangan Negeri sambil menolak parti-parti dan pemimpin pembangkang yang hanya tahu bercakap namun tidak tahu bagaimana hendak membela rakyat.

Adakah anak-anak muda Sabah ingin membiarkan ibubapa mereka yang pro buduh umno-bn itu merosakkan masa depan mereka? Apakah anak-anak muda yang jelas melihat kesan negatif itu berterusan tanpa melakukan sesuatu dengan mewujudkan kesedaran politik dikalangan anak-anak muda yang sebaya dengan mereka bahawa mereka mesti melakukan sesuatu dengan menyertai dan menyokong parti-parti politik tempatan agar perjuangan bangsa Sabah dijulang dan dimartabatkan dan perjuangan malaya itu dihancurkan ditanah Sabah.

Jawapan: Majoriti rakyat Sabah akan terus menyokong Barisan Nasional (BN) kerana mereka tahu dan percaya, hanya BN sahaja yang tahu bagaimana membela rakyat.

Setelah anda semua membaca artikel ini, apakah tindakan anda? Diam membisu? Menafikan kebenaran artikel ini kerana anda pro umno-bn dan pr? atau menyebarkannya kepada orang ramai?
Itu hak anda sekarang... Lakukan apa yang patut!

Jawapan: Selepas membaca page ini serta jawapan yang diberikan, rakyat Sabah akan terus bersatu dan menyokong kepimpinan Datuk Seri Musa di Sabah dan Dato Seri' Najib Razak di peringkat nasional. Pedulikan dengan dakyah pembangkang termasuk page ini.

***Mereka inginkan jawatan tersebut tanpa sebarang kelayakan yang boleh dibanggakan untuk menjawat jawatan tersebut. Lihatlah pentadbiran kerajaan persekutuan malaysia dan Sabah yang kini diambang krisis ekonomi. Ini semua adalah kerana kebuduhan orang Sabah yang pro umno-bn Sabah***

Jawapan: Dakwaan seseorang yang tidak tahu apa-apa, seseorang yang telah buta.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook