Latest News

Thursday 28 May 2015

ISU KABOTAJ: ORANG INI TIDAK FAHAM APA YANG DIA CAKAP...

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Berapa jumlah BR1M yang rakyat terima?... Oleh FB Jaymie Jaimye (screenshot)

DASAR kabotaj bukan penyebab kepada harga barangan di Sabah lebih tinggi. Penyebab harga barangan tinggi kerana karenah pengangkutan tempatan itu sendiri. Pihak-pihak pengakutan yang dimonopoli oleh pihak-pihak tertentu mengenakan caj yang tinggi dan sudah tentunya dengan caj pengangkutan yang tinggi, peruncit terpaksa menjual mahal kerana mereka pun membeli barang dengan harga mahal daripada pemborong.

Untuk pengetahuan pemilik facebook tersebut, harga  jualan bagi barangan daripada Semenanjung adalah sama apabila barangan tersebut sampai di mana-mana pelabuhan di Sabah atau Sarawak. Ini bererti, dasar kabotaj tidak menyumbang kepada harga barangan yang dijual di Sabah.

Dasar BR1M, adalah subsidi yang dijimatkan daripada subsidi petroleum di mana sebelum pengurangan subsidi petroleum, rakyat yang kaya pun diberi subsidi.  Oleh kerana kerajaan memutuskan agar penjimatan subsidi minyak itu perlu dikembalikan kepada rakyat, maka wujudlah BR1M di mana penerima merupakan kelompok sasar isi rumah yang berpendapatan kurang daripada RM4000 sebulan.

Jika dahulu, subsidi minyak hanya dinikmati oleh mereka yang mempunyai kenderaan. Kini, rakyat yang tidak memiliki kereta turut menikmati subsidi melalui pemberian BR1M.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook