Latest News

Monday 11 May 2015

ISU LAMA YANG DIPUTAR SEMULA

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) How much harm can a person do... Oleh FB Page Bikin Panas Bah (screenshot)

DATA penduduk Sabah yang mengandungi PATI pada masa ini, jika dijalankan banci penduduk sekarang sudah pasti sudah menurun kerana tindakan kerajaan yang bertali arus memburu, menangkap dan menghantar pulang ke negara-negara asal mereka.

Banci penduduk tahun 2010, memang didapati hampir 900 ribu adalah PATI atau warganegara asing. Melalui banci penduduk, akan dibanci semua penduduk yang berada dalam negeri semasa bancian itu dijalankan.

Sebenarnya untuk melihat data penduduk yang dianggap mencerminkan pola penduduk Sabah, bukan dilihat daripada jumlahnya akan tetapi jumlah mereka yang mendaftar sebagai pengundi. Jumlah rakyat Sabah yang mendaftar sebagai pengundi adalah tidak sampai pun 900 ribu seperti mana digunakan semasa PRU-13. 

Biasanya, berasas ratio atau nisbah jumlah mereka yang berumur 21 tahun ke atas bagi sesebuah penduduk adalah pada kadar 40 peratus. Berasaskan ratio tersebut, jumlah sebenar penduduk Sabah dalam lingkaran 2.25juta. Jumlah ini, sesuai dengan pertumbuhan sesebuah penduduk.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook