Latest News

Tuesday 19 May 2015

KEDAI RUNCIT LAWAN KEDAI KOPERASI

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Wujudkan kedai runcit koperasi di setiap kampung Oleh FB Page DEMI SABAH - Kelab Penyokong Darell Leiking (screenshot)

TAHUN 1976, kerajaan Berjaya pimpinan Datuk Harris Salleh (kini Tan Sri) telah mewujudkan kedai rakyat yang dipanggil Koperasi Jelata Sabah Berhad (KOJASA). Namun, kedai itu ditutup sebaik sahaja parti Berjaya kalah tahun 1985.

Kedai runcit merupakan perniagaan kecil-kecilan yang dilakukan oleh rakyat dan biasanya dijalankan di kampung-kampung. Namun, sejak akhir-akhir ini merebak di kawasan-kawasan bandar atas sebab kejayaan "convenient store" seperti 7-11 dan The Orange.

Mengapa kedai runcit yang dijalankan penduduk tempatan kurang berdaya saing atau kurang berjaya? Sebabnya mereka tidak mempunyai jaringan yang luas. Manakala, sejak kewujudan kedai-kedai runcit yang dijalankan oleh warga Paksitan, mereka berjaya bersaing kerana adanya persatuan atau pemborong di belakang mereka. 

Kedai-kedai runcit yang dikawal warga Pakistan tersebut tidak memerlukan modal yang besar kerana barangan yang dijual berasaskan kepada "consignment" iaitu dijual lebih dahulu, baru membayar.

Cadangan Kedai Koperasi oleh MP Penampang, boleh sahaja diadakan jika ada persatuan atau pemborong bertindak serupa. Kerajaan tidak boleh bertindak demikian atas sebab kerajaan bukanlah peniaga. Jika kerajaan berniaga, ertinya sistem ekonomi terbuka bukan lagi menjadi asas kepada perekonomian negara. Sebaliknya, akan bertukar kepada sistem sosialis atau komunis.

Sebaiknya cadangan MP Penempang itu disambut oleh para pemborong untuk menubuhkan jaringan kedai-kedai yang berkonsepkan "consignment". Jika tidak, cadangan tersebut hanya akan menjadi cakap-cakap sahaja.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook