Latest News

Tuesday 19 May 2015

Keselamatan Pantai Timur Sabah: Berlaku "blame game"


"BLAME game" kini berlaku antara orang politik dan pasukan keselamatan bagi kawasan Pantai Timur Sabah. Tan Sri Joseph Kurup membuat kenyataan tanpa usul periksa menyalahkan pasukan keselamatan sebagai penyebab berlakunya penculikan. Manakala pasukan keselamatan pula menyalahkan rakyat yang tidak memberi kerjasama.

Menjaga keselamatan selain jumlah anggota, aset juga kemampuan perisikan adalah sangat perlu. Dalam soal tercabarnya keselamatan di Pantai Timur Sabah, sehingga berlakunya penculikan selepas 10 bulan membawa erti gagalnya perisikan daripada pasukan keselamatan.

Sabah yang mempunyai banyak bahasa etnik, kerja-kerja perisikan hanya boleh dilakukan oleh mereka yang mahir berbagai bahasa tempatan selain mempunyai hubungan dengan berbagai etnik tempatan. Tanpa itu, kerja-kerja perisikan semakin sukar kerana maklumat yang diperolehi bukan lagi maklumat premier,akan tetapi maklumat sekunder.

Operasi siang malam atau perintah berkurung tidak akan membawa erti kerana penculik di pihak yang pasif yang hanya menunggu peluang dan kelapangan. Oleh sebab itu, pada malam Khamis lalu, sekitar 7.26 petang, satu jam selepas masa perintah berkurung berlaku penculikan di restoran Ocean King, Sandakan. Dalam penculikan tersebut, dua (2) rakyat Malaysia menjadi mangsa culik dan kini dikatakan berada di Indanan, Pulau Jolo, Filipina.

Pihak keselamatan menyalahkan "pump boat" dan tiada kerjasama daripada penduduk tempatan penyebab kepada penculikan. Sementara pemimpin politik menyalahkan ketidakupayaan pasukan keselamatan. Nampaknya dalam persoalan ini, sukar memastikan mana satu yang betul. Tetapi apa yang nyata, penculikan sudah berlaku.

Tindakan "blame game" perlu dihentikan, sebaliknya kaedah yang jitu perlu ditemukan agar penculikan di Pantai Timur Sabah dinoktahkan.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook