Latest News

Thursday 7 May 2015

KISAH MASA SILAM: LALUAN TIKUS PATI!...

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Menurut RCI Sabah punyai... Oleh FB Luke JS Biajin (screenshot)

SEJAK 4 Disember 2014, telah banyak kawasan menjadi larangan yang diistiharkan oleh kerajaan negeri termasuk berpuluh-puluh pulau, khususnya di kawasan Pantai Timur. Malah, juga di kawasan Pantai Barat, Menumbok dan Jesselton Point turut menjadi perhatian pihak berkuasa.

Pihak berkuasa telah mengenal pasti semua saluran tikus ke negeri ini dan pasukan khusus telah ditempatkan di kawasan-kawasan tersebut berikutan PATI yang berjaya ditangkap di negeri ini terdiri daripada mereka yang sudah menyusup masuk selama 3 hingga 4 tahun yang lalu.

Sejak tindakan drastik pihak berkuasa negeri, kini penjualan kad pengenalan palsu yang dilakukan oleh para sindiket telah kehilangan bisnes. Penjualan kad pengenalan palsu bukan dijalankan di negeri ini sebaliknya diproses di negara jiran dan dijual kepada mereka yang bercadang untuk menyusup masuk. Namun kewujudan ESSCOM/ESSZONE, membantut penyusupan masuk pemegang kad pengenalan palsu.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook