Latest News

Monday 25 May 2015

MASALAH AIR DI KAWASAN MATUNGGONG

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Magic Kjaan Penipu BN diSabah... Oleh FB Raja Mohd Shahrim (screenshot)

Kerajaan negeri memang prihatin terhadap rakyat di kawasan Matunggong yang berdepan dengan masalah air akibat kemarau yang berpanjangan di kawasan itu. 

Jabatan bekalan air memang melakukan catuan malah telah menghantar beberapa lori tangki untuk membekalkan air di kawasan-kawasan yang terjejas.

Tiada siapa yang menipu kerana persoalannya apakah Timbalan Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Pairin Kitingan yang melawat kawasan tersebut pada 15 Mei 2015 yang lalu dan pada masa itu catuan air memang waktu gilirannya di kawasan itu manakala pada 21 Mei 2015 pula kawasan lain disalurkan air. 

Jabatan Air daerah Kudat memang berdepan dengan tekanan air bagi kawasan Matunggong atas sebab tadahan air di Sikuati, Kudat tidak mempunyai tekanan yang kuat untuk disalurkan pada kawasan-kawasan tinggi seperti di kawasan yang dilawat oleh ADUN Matunggong tersebut. Namun, Jabatan Air menyediakan tangki lori untuk dihantar kepada penduduk yang terbabit.

Jabatan Air Negeri Sabah seperti mana dimaklumkan oleh MP Marudu, Datuk Seri Maximus Ongkili berkata akan meningkatkan kapasiti agar supaya kawasan-kawasan tinggi dapat dicapai dan seterusnya air dapat disalurkan.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook