Latest News

Thursday 14 May 2015

MEMANIPULASI BAJET DAN EKONOMI SABAH?

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) 1. Meneruskan bayaran tunai khas... Oleh FB Luke JS Biajin (screenshot)

SABAH mendapat peruntukan daripada Persekutuan 20 peratus berbanding 5 peratus yang dibayar Petronas sebagai royalti. Angka 20 peratus itu berjumlah lebih kurang RM20 bilion setahun. Manakala 5 peratus daripada Petronas pula hanya berjumlah lebih kurang RM1 bilion.

Bantuan kewangan persekutuan kepada Sabah meliputi berbagai peruntukan pembangunan, subsidi pengangkutan kepada rakyat Sabah, peruntukan kesihatan, pendidikan dan juga peruntukan untuk pembangunan khas misalnya pembinaan penebatan banjir dan sebagainya.

Dalam membangun Sabah termasuk menjaga keselamatan, kesihatan, pendidikan, pembinaan infrastruktur dan penyelenggarannya, penggajian kakitangan awam serta pembayaran pencen jika ditanggung sendiri oleh kerajaan meliputi jumlah kos antara RM40 hingga 45 bilion setahun, sedangkan bajet tahunan Sabah hanya berlegar-legar antara RM3 hingga 4 bilion setahun.

Rakyat kena maklum khususnya penyokong pembangkang, keberadaan Sabah dalam persekutuan adalah menguntungkan rakyat sendiri.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook