Latest News

Monday 18 May 2015

MUSUH DALAM SELIMUT

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) KESELAMATAN DI SABAH BOBROK?... Oleh FB Nurliyana Abdullah (screenshot) (screenshot)
(ii) CM Sabah benar2 sudah... Oleh FB Page Tulun Sabah (screenshot)

JIKA isu mengawal sempadan dikaitkan dengan kecanggihan senjata, maka sudah lama sempadan Amerika Syarikat dan Mexico tidak dibolosi oleh penyeludup dadah demikian juga kartel dadah Venezula yang tidak mampu menyusup masuk ke Amerika. Namun, faktor dalang yang melibatkan orang Amerika sendiri maka dadah dan pendatang haram dengan berleluasanya masuk ke Amerika.

Memang helikopter pejuang perlu diletakkan di kawasan ESSCOM/ESSZONE seperti mana diminta oleh ketua menteri Sabah, namun belum pun helikopter itu beroperasi penculikan sudah berlaku.

Pada lima bulan lalu, memang diumumkan bahawa TUDM akan menempatkan helikopter Apache di kawasan Pantai Timur Sabah dan pembeliannya sedang dalam proses.

Berhubungan dengan penculikan pada malam Khamis minggu lalu, nampaknya memang didalangi daripada orang dalam. Blog ini, pernah menulis pada hari Jumaat lalu (sila klik di sini) bahawa cara penculikan itu berlaku memang dicurigai yang didalangi daripada orang dalam sendiri dan kemudian pihak polis sendiri mengesahkan bahawa kemungkinan besar penculikan tersebut juga didalangi orang dalam.

Meskipun Musa sebagai Pengerusi Keselamatan Negeri Sabah, namun beliau bukan mempunyai kuasa ketenteraan.  Kuasa ketenteraan dimiliki oleh Tentera Darat/Udara/Laut Diraja Malaysia sendiri dan khusus bagi Pantai Timur Sabah adalah dibawah kuasa komander Esscom/Esszone.

Sebelum ini, apabila kuasa Esscom/Esszone dibawah perintah pegawai sivil, didakwa sebagai punca mudahnya berlaku penculikan kerana CEO tersebut tidak mempunyai latar belakang ketenteraan. Oleh sebab itu, tugasan dan jawatan ini digantikan dengan pegawai tentera. Selama 10 bulan atas faktor perintah berkurung, maka tidak terdengar penculikan walaupun berlaku perompakan dan diikuti pembunuhan di kawasan tersebut.

Faktor penculikan di Pantai Timur Sabah tidak akan diatasi selagi faktor bayaran wang tebusan tidak dihentikan. Selagi bayaran tebusan dibayar, maka penculikan akan tetap berlaku yakni tidak kira mengenal siapa Pengerusi Keselamatan Sabah atau siapa komander Esscom/Esszone itu.

Oleh kerana bayaran wang tebusan sungguh menggiurkan, maka dalang daripada dalam akan terus wujud seperti mana berlaku di beberapa sempadan Amerika di mana penyeludupan dadah tidak pernah diatasi sejak berdekad lamanya.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook