Latest News

Wednesday 13 May 2015

PANDANGAN ZAMAN BATU: CAKAP-CAKAP MUSA AMAN...

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Ketua Menteri Sabah Ajak Rakat Sabah... Oleh FB Jones Jangkat (screenshot)

TULISAN dalam facebook tersebut merupakan tulisan pandangan zaman batu. Pandangan inilah yang diguna pakai sebelum tahun 1994 dan sebab itu Sabah begitu jauh ketinggalan sekali.

Dunia sekarang adalah dunia tanpa sempadan, di mana pembangunan sangat bergantung kepada perancangan menyeluruh. 

Sabah tidak akan bakal membangun dengan sendirinya apabila telah dibuktikan Sabah dulu anti persekutuan pada tahun 1985 hingga 1994 mengakibatkan seluruh rakyat Sabah yang menderita. Berlainanlah dengan pemilik facebook tersebut kerana bersifat sapu habis. Pemilik facebook ini adalah manusia rakus yang tidak meninggalkan apa-apa atau memberikan apa-apa kepada orang lain, kerana tanpa pantang. Tak gitu DJ?

Kerana sifat rakus, maka pemilik facebook tersebut mahu rakyat lain terus menderita berikutan dia tidak setuju majoriti rakyat Sabah menyokong Dato' Seri Najib Razak kerana Perdana Menteri itu sangat prihatin kepada rakyat Sabah.

Biasalah, kalau rakyat seperti pemilik facebook tersebut tidak mampu lagi mendapat kuasa kerana rakyat sudah mengenal yang mana satu intan dan yang mana satu batu. Majoriti rakyat tidak mahu kembali kepada keadaan tahun 1985 hingga 1994 tersebut, di mana kerakusan pihak-pihak tertentu yang berleluasa dan rangka menjahanamkan rakyat lain.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook