Latest News

Monday 18 May 2015

PENYELUDUP LAWAN PENGUATKUASA

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Anti-graft panel zooms in on Sabah Oleh Web The Star (screenshot) (screenshot)

SEJAK sekian lama, kegiatan penyeludupan berlaku di Sabah, khususnya bagi barangan rokok dan arak manakala yang keluar daripada Sabah adalah berkaitan dengan minyak seperti diesel dan petrol, beras, gas masak, minyak masak dan barangan lain.

Meskipun tindakan penguatkuasaan kerap dijalankan, namun rokok-rokok seludup mahupun arak bukan berkurang malah bertambah. Data statistik menunjukkan bahawa kadar barangan seludup di Sabah mengatasi statistik kebangsaan.

Pihak SPRM sudah mencurigai bahawa hanya melalui kerjasama penguatkuasa yang tidak amanah, penyeludupan berlaku dan atas sebab itu, operasi besar-besaran dijalankan pada Jumaat lalu yang  membabitkan 48 kawasan seluruh Sabah secara serentak. Hasil operasi itu, pihak SPRM berjaya membekukan lebih 1600 akaun bank membabitkan RM560 juta di mana para pemilik akaun tersebut dipercayai terbabit dengan kegiatan penyeludupan.

Kegiatan penyeludupan menyebabkan negara kerugian berbilion ringgit setiap tahun dan ianya merupakan satu kebocoran kepada tahap ekonomi negara.

Tahniah kepada pihak SPRM dan agensi-agensi yang terlibat dan diharapkan bahawa operasi seperti itu akan diteruskan dari masa ke semasa. 
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook