Latest News

Tuesday 5 May 2015

PERKARA 20 LAMPIRAN KEPADA PERLEMBAGAAN NEGARA

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) pemimpin BN UMNO sabah... Oleh FB Page Pembongkaran Penipuan BN UMNO (screenshot)

WALAUPUN PERKARA 20 merupakan lampiran kepada Perlembagaan Negara akan tetapi sebahagian daripadanya telah dimasukan sebagai intipati kepada perlembagaan itu.

Selepas kemerdekaan lebih setengah abad, kerajaan yang memerintah membuat penilaian dan mendapati hampir keseluruhan apa yang disebut dalam Perkara 20 itu telah terlaksana dengan jayanya. Oleh sebab itulah, kerajaan negeri tidak ada cadangan untuk membincangkannya.

Apabila membincangkan sesuatu yang sudah berjalan dengan baik, boleh sahaja mendatangkan interpretasi lain misalnya, masalah geran yang meliputi geran per kepala yang diberikan kepada Sabah sejak sekian lama. Kini, selepas dibangkitkan timbul sorong tarik pula kerana ternyata pemberian geran yang dilakukan kerajaan persekutuan lebih menguntungkan Sabah berbanding kadar 40 peratus pendapatan bersih. 

SSKM/Pembangkang, tidak mengerti, mereka hanya ibaratkan tin kosong yang hanya tahu menyalak. Ini seperti mana terperangkapnya kerajaan persekutuan dalam pemansuan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), keadaan sama juga cuba dilakukan oleh kumpulan ini berkaitan Perkara 20.

Sebagai kerajaan yang memerintah, maka lebih peka dan tahu, yang mana satu menguntungkan kerajaan dan rakyatnya. Pembangkang hanya pandai menggunakan imaginasi mereka sendiri tanpa fakta yang boleh membantu khayalan itu.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook