Latest News

Monday 25 May 2015

PIHAK-PIHAK TERTENTU SALAH GUNA KEMUDAHAN IMIGRESEN

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Isu immigration melalui Labuan adalah dalam tangan Kerajaan Sabah... Oleh FB Darrel Leiking (screenshot)
(ii) Pendatang asing eksploitasi kelompongan imigresen Sabah Oleh Web The Ant Daily (screenshot) (screenshot)

SEBENARNYA, tiada siapa yang boleh mendarat di pulau Labuan (kini W.P Labuan) tanpa perjalanan yang sah. Itulah latar belakang gazet tahun 1984 berhubungan dengan perjalanan daripada pulau Labuan ke tanah besar Sabah.

Melihat kepada kemudahan yang diberikan imigresen tersebut, rakyat asing yang mempunyai niat untuk tinggal di Sabah mempergunakan Labuan sebagai transit.  Ini memang tidak dapat disangkal lagi.

Rakyat asing tersebut semasa mendarat di Labuan, memang mempunyai dokumen perjalanan yang sah. Namun, sewaktu di Labuan, sindiket pengeluar dokumen palsu melakukan transaksi pemalsuan dokumen.

Sebenarnya, tanpa dalang daripada pihak imigresen atau sindiket, rakyat asing tiada cara memiliki dokumen palsu.

Pihak sindiket ada sahaja cara bagaimana untuk menipu. Asas kepada operasi ini, kerana adanya permintaan. Sudah pasti!

Apakah dimansuhkan peraturan tahun 1984 itu, jika ada pihak-pihak yang melanggar undang-undang, rakyat asing yang menggunakan dokumen palsu dapat sahaja menyelusup masuk ke Sabah. 

Pokok pangkal kepada pembasmian PATI adalah penghapusan dalang-dalang termasuk sindiket secara keseluruhannya.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook