Latest News

Friday 22 May 2015

PIHAK YANG MENGANCAM KESELAMATAN SABAH

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) seramai 889,779 pendatang asing tanpa izin di Sabah TIDAK MENGGUGAT KESELAMATAN kata menteri. Oleh FB Page Negara Sabah (screenshot)

SETAKAT ini, tiada rekod bahawa pendatang asing tanpa izin (PATI) merupakan pihak yang mengancam keselamatan Sabah. Sebaliknya, mereka yang mengancam keselamatan adalah daripada luar yang  tidak pun tinggal di Sabah. Bukti ini, dapat didengar melalui perbicaraan di mahkamah dalam kes serangan Kg. Tanduo, Lahad Datu di mana penyerang kampung itu adalah mereka yang tinggal di Filipina.

Tidak dinafikan juga oleh kerana keterkaitnya keluarga, ada juga penduduk Sabah yang melindungi PATI sehingga sukar bagi kerajaan untuk menghapuskan kehadiran mereka di Sabah.

Memang selama ini, semua jenayah yang berlaku di Sabah kononnya disebabkan oleh PATI. Namun, menurut rekod polis bukanlah demikian kerana kadar jenayah di Sabah majoritinya di lakukan oleh rakyat tempatan.

Jenayah rentas sempadan merupakan pengancam kepada keselamatan Sabah. Perkara ini terbukti pada minggu lalu, satu penculikan di sebuah restoran di Sandakan dilakukan oleh penjenayah rentas sempadan. 

Dakwaan sebelum ini, kononnya penculikan itu didalangi PATI yang berkerja di restoran itu. Sehingga kini belum terbukti kerana restoran itu tidak mempunyai pekerja berstatus PATI.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook