Latest News

Tuesday 5 May 2015

RAMAINYA JADI JURUTERA...

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Dalam pelan pembangunan dan pelan lakar upgrade jalan Donggongon Oleh FB Luke JS Biajin (screenshot)

JURUTERA Jabatan Parit dan Saliran (JPS), sudah mengenal pasti bahawa tiada keperluan jambatan lokasi tersebut. Dengan itu, membina dua culvert besar adalah cukup memadai. Keadaan serupa seperti mana di hadapan Shell, Jalan Duta/Bundusan, di mana culvert seumpama ini juga dibina. Namun, sehingga kini ianya tidak juga mengakibatkan terkumpulnya sampah yang menyebabkan banjir kecualilah penduduk kampung tersebut menggunakan longkang besar itu sebagai tempat pembuangan sampah.

Memang di lokasi yang ditunjukkan anak panah akan dibina jambatan kekal dan pembinaan jambatan sedang dalam perancangan.

Inilah masalahnya, jika ramai menjadi jurutera dan ramainya perancang bandar sehingga pihak-pihak yang diberi tanggungjawab belumpun siap melaksanakan tugas, sudah ada yang mendahuluinya dengan berbagai dakwaan.

Membina jambatan bukannya macam membuat roti canai. Membina jambatan memerlukan kos dan masa.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook