Latest News

Monday 11 May 2015

REAKSI PROAKTIF

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Selepas Khairy, naib presiden Umno... Oleh Web The Malaysian Insider (screenshot) (screenshot)
(ii) Kenyataan Shafie Apdal, Isu Tanah 1MDB Oleh Blog Jalinan Politik (screenshot)

REAKSI proaktif darpada pemimpin kanan kerajaan, sebenarnya bertujuan untuk meredakan keadaan selain membendung reaksi penyimpan Lembaga Tabung Haji supaya tidak berbondong-bondong mengeluarkan simpanan mereka daripada tabung tersebut.

Lembaga Tabung Haji (LTH) sangat bergantung kepada tabungan bakal-bakal jemaah haji seluruh negara. Simpanan bakal-bakal haji adalah diperkirakan melebihi RM40 bilion. 

Tindakan LTH membeli sebidang tanah milik 1MDB yang berharga RM188.5juta, meskipun boleh mendatangkan keuntungan kepada lembaga tersebut namun persepsi orang ramai terhadap 1MDB yang negatif, maka mereka menganggap sebarang urusniaga dengan syarikat gergasi itu dianggap salah.

Kini, akibat tindakan cepat para pemimpin, maka isu pembelian tanah tersebut telah selesai selepas LTH menjualnya semula dengan keuntungan RM5juta walaupun hanya membelinya dalam tempoh sebulan.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook