Latest News

Monday 11 May 2015

Sabah Sokong Penuh DS Najib


PADA Ahad baru-baru ini, sempena lawatan kerja sehari Perdana Menteri Dato' Seri Najib ke Sabah, beliau mendapat sambutan 40,000 rakyat Tawau dalam satu majlis solidariti.

Sebelum ke Tawau, Perdana Menteri melakukan majlis pecah tanah bagi pembinaan 1000 unit rumah (PPR) Projek Peruman Rakyat di Kota Belud.

Berdepan dengan desakan mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad agar meletakan jawatan, Perdana Menteri tetap mendapat sokongan padu daripada rakyat Sabah.

Sokongan rakyat Sabah, disampaikan sendiri oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman sempena lawatan kerja sehari Perdana Menteri itu. Menurut Musa, Sabah benar-benar terbela semasa Najib menjadi Perdana Menteri.

Dalam perkembangan yang sama, Menteri Belia dan Sukan Negeri, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan yang merupakan pengerusi bersama penganjur majlis solidariti bersama Perdana Menteri mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakyat Tawau dan sekitarnya kerana sudi hadir untuk menzahirkan sokongan kepada Perdana Menteri.

Dalam majlis itu, Dato' Seri Najib sekali lagi mengulangi tidak akan meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook