Latest News

Wednesday 20 May 2015

SABAH TIDAK PERNAH DIKUASAI FILIPINA

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i)  Sabah dalam gengaman mereka Oleh FB Page Tulun Sabah (screenshot)
(ii) TOLONG JAWAB- SIAPA UPAH SIAPA DENGAN JANJI TANAH Oleh FB Doris Jones (screenshot)
(iii) Philippines has no claim on Sabah Oleh Web Teh Star (screenshot)

TIADA bukti sejarah bahawa North Borneo pernah dikuasai Filipina, baik sebelum negara itu mencapai kemerdekaan pada tahun 1946 mahupun selepasnya.

Lingkaran sejarah yang mengaitkan North Borneo dengan Filipina hanya secara kebetulan dan tidak sahih yang berkait dengan KESULTANAN SULU.

KESULTANAN SULU tidak pernah diiktiraf oleh kerajaan Filipina selepas negara itu merdeka daripada Sepanyol. Disebabkan tidak pernah diiktiraf, maka sebarang kaitan Kesultanan Sulu dengan mana-mana pihak, tiada kedudukan sejarah atau tiada erti sejarah terhadap Filipina.

Kini, tiada lagi locus standi Kesultanan Sulu terhadap North Borneo ( Sabah) kerana kesultanan tersebut tidak lagi mempunyai nilai undang-undang termasuk di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Oleh kerana Kesultanan Sulu telah pupus dan tidak diiktiraf oleh Filipina, secara automatik bahawa Filipina tiada kaitan langsung dengan Sabah apatah lagi menuntutnya! Memang dalam perlembagaan negara itu ada tertulis berkaitan Sabah namun ianya hanya catatan lampiran yang tidak mempunyai kekuatan undang-undang.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook