Latest News

Thursday 7 May 2015

Signifikan Lawatan DS Najib Ke Sabah


LAWATAN Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak  ke Sabah hujung minggu ini mempunyai signifikan kepada survival politik Barisan Nasional di samping kelangsungan kedudukan beliau sebagai Presiden dan Perdana Menteri.

Kritikan bertali arus daripada berbagai pihak khususnya daripada mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad memperkuat lagi makna lawatan beliau ke Sabah.

Sabah yang dijenamakan sebagai "Fixed Deposit BN" sebaik sahaja DS Najib dilantik sebagai Perdana Menteri pada 3 April 2009 merupakan pendokong kuat kepada perdana menteri. Sokongan itu, dilihat bukan sahaja ditunjukkan oleh para pemimpin negeri juga oleh rakyat jelata.

Jika minggu lalu, Perdana Menteri mendapat "boo" di Kuching, Sarawak semasa beliau berucap sempena Hari Pekerja Sedunia apabila menyebut "GST", layanan seumpama itu mungkin tidak berlaku di Sabah.

Lawatan Perdana Menteri kali ini selain berlatar belakang kemenangan BN di PRK Rompin, Pahang di negeri beliau dengan majoriti yang menurun sebanyak 41 peratus membawa warna-warni kepada lawatan ini.

'Solidariti bersama Perdana Menteri', demikianlah tajuk kepada perjumpaan dengan Perdana Menteri ke-6 negara ini. Kali ini, perjumpaan disusun atur oleh Bahagian Kalabakan dan Tawau, wilayah Pantai Timur Sabah di mana pada awal-awal penubuhan Umno di Sabah merupakan kawasan pendokong kuat kepada parti tersebut selain anak sulung parti itu Kota Belud.

Apa yang menarik, lawatan Perdana Menteri pada kali ini secara kebetulan melawat dua (2) kawasan di mana Umno diterima baik iaitu Kota Belud dan Tawau.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook