Latest News

Tuesday 19 May 2015

TUNTUTAN FILIPINA KE ATAS SABAH: MALAYSIA AKAN MENANG MUDAH

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Filipina akan terus tuntut Sabah – Aquino Oleh Web Utusan Online (screenshot)
(ii) Adakah wartawan ini dibayar oleh pihak tertentu,.. Oleh FB Page Tulun Sabah (screenshot)
(iii) Nampaknya... org Sabah masih tidur lagi.... Oleh FB Page SarawakFORSarawakians (screenshot)

MALAYSIA akan menang mudah dalam isu tuntutan ke atas Sabah jika kerajaan Filipina dan Malaysia bersetuju membawa perkara itu dibawa ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ). Berdasarkan rekod dan bukti sejarah yang jelas menunjukkan Sabah adalah milik Malaysia. Jika sekalipun diadakan satu lagi pungutan suara mengenai hasrat rakyat Sabah, "semua rekod menyebelahi kita".

Jika kerajaan Filipina membawa isu tuntutan ke ICJ, mereka akan kalah sama seperti mereka kalah dalam isu tuntutan Sipadan. Mereka telah tidak 'mengendali' pulau ini sejak 1873. Lebih penting, rakyat Sabah telah bersetuju menjadi sebahagian daripada Malaysia. Ini keputusan dicapai Suruhanjaya Cobbold sebelum pembentukan Malaysia

Debat mengenai tuntutan ke atas Sabah oleh kerajaan Filipina dan 'Kesultanan Sulu' timbul kembali berikutan insiden pencerobohan di pantai timur Sabah pada Mac 2013.

Filipina yang mengguna pakai, 'Kesultanan Sulu' tidak boleh membawa kes itu ke ICJ kerana ia bukan sebuah negara berdaulat. Sulu sendiri tidak boleh berdepan dengan Malaysia kerana sukar untuk pergi ke ICJ kecuali Manila sedia membantu mereka.

Presiden Filipina seperti dalam 'caption', menyatakan bahawa terlalu sukar menggugurkan tuntutan ke atas Sabah kerana ianya ada hubungan dengan emosi rakyat negara itu. 

Jika diimbas kembali, penggabungan North Borneo dengan Semenanjung Malaya untuk membentuk Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963, turut dilatar belakangi oleh keinginan Filipina menuntut Sabah.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook