Latest News

Thursday 14 May 2015

UMNO HANYA MASUK SABAH TAHUN 1991!

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) . SAYANG SABAH KU SAYANG … Oleh FB Edward Stephen Edward Stephen (screenshot) (screenshot) (screenshot)

UMNO menjadi tunjang kerajaan bermula pertengahan tahun 1994, apabila mengambil alih kerajaan daripada parti PBS. Jika dijumlahkan tempohnya, Umno hanya menjadi kerajaan Sabah selama 20 tahun.

Semasa kerajaan BN yang ditunjangi Umno, kadar kemiskinan Sabah pada paras lebih 30 peratus. Pada Tahun 2004 kadar itu menurun ke paras 19.8 peratus diikuti tahun 2012 menurun ke paras 8.1 peratus dan pada tahun 2018 dijangka menurun ke paras 3 peratus. Berasaskan kepada angka-angka itu, kehadiran Umno dapat mengurangkan kemiskian Sabah, bukan seperti mana dakwaan pemilik facebook tersebut.

Apa-apa peristiwa yang berlaku di Sabah sebelum 1994, bukanlah kerana tindakan Umno akan tetapi tindakan rakyat Sabah sendiri. Umno tidak 'downgrade' rakyat Sabah, hanya melalui Umno rakyat Sabah diberi peranan yang lebih besar dalam kepimpinan negara. Bayangkan para pemimpin Sabah seramai 6 orang menteri penuh di peringkat persekutuan dan 4 timbalan Menteri dilantik secara serentak, itupun tidak termasuk jawatan speaker dan timbalan speaker dewan rakyat.

Sejak kemasukan Umno, para penjawat pengarah imigresen, kastam, pembangunan persekutuan mahupun jabatan pendaftaran semuanya diketuai oleh rakyat Sabah sendiri, di mana sebelum ini tidak pernah berlaku.

Kemasukan Umno ke Sabah sebenarnya menaikkan martabat rakyat Sabah namun hanya pembangkang tidak senang dengan keadaan itu. Maka, mereka terus menabur berbagai dakyah bohong dan tidak berasas.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook