Latest News

Wednesday 13 May 2015

WAKIL RAKYAT KERAJAAN BAGI PENAMPANG

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Kesian bah UPKO Oleh FB Page 1 Suara Sabah (screenshot)
(ii) PEOPLE DICTATE not MINISTERS Oleh Darell Leiking (screenshot)

PRU-13 merupakan tsunami politik kepada parti BN bagi kawasan Penampang. Sebabnya, pada PRU itu untuk pertama kalinya, tiada wakil rakyat daripada parti yang memerintah menang dalam pilihan raya itu. 

Pada PRU-12 (tahun 2008), semua kawasan Penampang, baik Parlimen mahupun kawasan-kawasan Dun dimenangi parti-parti Bn iaitu Parlimen Penampang dan Dun Moyog dimenangi oleh Upko manakala Dun Kepayan oleh parti MCA.

Pada PRU-13, Parlimen Penampang dan Dun Moyog dimenangi parti PKR dan Dun Kepayan Parti DAP.

Keinginan parti Bn untuk menawan semula semua kawasan itu melalui Upko atau PBS, memang dalam perancangan parti itu pada PRU-14 akan datang.

Kenyataan politik Presiden UPKO bahawa beliau berusaha untuk mengembalikan wakil rakyat kerajaan bagi kawasan-kawasan itu memang satu tindakan betul.

Apakah pada PRU-14, ada kawasan-kawasan Penampang bakal dimenangi calon-calon Bn? Ini semua terletak pada usaha berterusan daripada para pemimpin Bn dan penyokongnya.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook