Latest News

Tuesday 2 June 2015

CADANGAN PERTAMBAHAN KERUSI PARLIMEN BAGI SABAH DAN SARAWAK

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) PROTECTION AGAINST UMNO-PAS Sabah Oleh Blog Malaysia Chronicel (screenshot)

TIDAK perlu datangnya daripada NGO atau siapa-siapa, yang penting tiada sanggahan atau protes yang berbentuk politik kerana sejak Sabah merdeka, setiap diadakan persempadanan baru pihak pembangkanglah ke hulu ke hilir memprotes tindakan tersebut.

Di Sabah, mengimbas kembali persempadanan baru Sabah tahun 2003 yang lalu, di mana persempadanan baru tersebut digunakan pada PRU-2004 sehingga pihak pembangkang menjadikannya isu pilihan raya dengan berbagai tuduhan antaranya Umno dan Bn kononnya merampas kuasa di siang hari. Selain itu, kononnya turut mengenepikan kaum-kaum tertentu.

Rakyat Sabah dari dahulu memang menginginkan pertambahan kerusi sama ada di kerusi DUN mahupun Dewan Rakyat memandangkan luasnya Sabah walaupun jumlah penduduk sedikit. Namun, usaha itu terbantut dengan protes pihak pembangkang.

Mengapa pula selepas sekian lama protes, kini secara tiba-tiba pula mahukan pertambahan kerusi termasuk mahu menghantar petisyen kepada Speaker Dewan Rakyat? Pasti ada udang di sebalik mee!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook