Latest News

Monday 15 June 2015

CAKAP-CAKAP USBO: PEMILIK FACEBOOK TIDAK TAHU ASAL USUL

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Setahu sya lah kan suluk, bajau umbian tu bukan pribumi sabah Oleh FB Gemini Heart (screenshot)

JIKA seseorang itu tidak tahu asal usul, maka akan membuat dakwaan sedemikian. Jikalau seseorang itu berlagak bodoh sombong, beginilah jadinya. Hanya kerana melalui dunia siber, maka berani bercakap dan menulis memandangkan pemilik facebook itu mungkin saja bukanlah menggunakan akaun sebenar sebaliknya akaun palsu. Apabila menggunakan akaun palsu, maka sudah tentu orangnya palsu dan dakwaannya juga palsu!

Pasti orang-orang palsu seperti ini, akal dan fikirannya turut palsu.

Orang seperti ini adalah diibaratkan seperti seekor anjing yang asyik bermain dengan ekornya sehingga tidak tahu asal usul USBO dan Datuk Seri Salleh Said Keruak.

Oleh kerana orang palsu, maka dia pun tidak tahu bahawa TYT pada hari ini adalah berbangsa Suluk. Oleh kerana dia palsu, maka terlupa juga bahawa Tun Mustapha Datu Harun adalah Bapa Kemerdekaan Sabah yang juga berbangsa suku Suluk. 

Maka, dia tidak tahu bahawa Suluk hanya ada terdapat di Sabah. Sebagai penjelasan yang ringkas dan padat, Suluk tidak sama dengan Tausug di Filipina walaupun bahasa berkomunikasi hampir serupa. Samalah dengan bahasa Indonesia dan bahasa Melayu, yakni serupa tetapi tidak sama!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook