Latest News

Wednesday 24 June 2015

DAKWAAN TIDAK BERPAKSI KENYATAAN 'Special Economy Policy': INI KALI BERNARD LAGI KENA!

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) RAKYAT sabah sudah MUAK/Bosan dengan BN Oleh FB Page 1 Suara Sabah (screenshot)
(ii) Dompok: Orang Asal need special economic policy Web Site Free Malaysia today (screenshot)

SABAH mempunyai 60 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di mana 32 kawasan majoriti beragama Islam, 20 majoriti bukan Islam dan 8 kaum Cina. 

Daripada 60 kawasan DUN tersebut, 25 kawasan majoriti KDM, 27 kawasan etnik lain dan 8 kaum Cina.

Sabah mempunyai lebih 32 suku etnik dan bayangkan 25 kawasan itu dipunyai oleh hanya tiga (3) atau empat (4) etnik iaitu daripada Kadazan Dusut Murut termasuk Rungus (KDMR).

Umno Sabah dipimpin oleh rakyat Sabah daripada berbagai etnik seperti KDMR, Bajau, Brunei, Kedayan, Bisaya, Iranun, Bugis, Melayu Sabah, Samah, Ubian, Suluk dan sebagainya. 

Pemimpin Umno Sabah sebenarnya dipimpin oleh kombinasi seluruh etnik Sabah kecuali kaum Cina.

Parti hanya merupakan kenderaan untuk memerintah. Rakyat menilai parti mana yang membawa kemajuan dan pembelaan. Walaupun terdapat juga rakyat yang terpengaruh dengan dakyah-dakyah parti-parti pembangkang yang kononnya membawa aspirasi yang sama.

Kemenangan seseorang yang mewakili parti, tidak selamanya terletak pada parti tersebut akan tetapi juga melihat kepada ketrampilan pemimpin yang diketengahkan. Kemenangan pada pilihan raya sangat tergantung kepada kombinasi antara pemimpin tersebut dengan parti yang diwakilinya. Sebagai contoh, kemenangan Dr. Jeffrey di DUN Bingkor pada PRU-13 yang lalu di mana sungguhpun Parti Star tidak diterima dengan baik namun pengundi melihat kepada Dr. Jeffrey secara individual. Demikian juga kekalahan Tan Sri Benard Dompok di Parlimen Penampang. Pengundi lebih melihat kepada calon dan bukannya pada parti kerana calon-calon Upko di kawasan lain turut menang.

Rakyat majoriti Sabah sudah terbiasa diwakili oleh parti-parti tempatan sejak merdeka lagi. Namun, parti-parti itu diumpamakan sebagai kapal kecil dan disebabkan itulah apabila bertukar kepada kapal besar, maka pembangunan yang tertinggal terus dikejar kerana kapal besar akan segan jika kawasan yang diwakilinya tidak mengalami perubahan drastik.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook