Latest News

Wednesday, 17 June 2015

DR. JEFFREY DAN EDMUD BON MUNGKIN SUDAH KETINGGALAN KERETA API

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Take Action to Claim 40% Entitlement Net Revenue for Budget 2016 Oleh FB Dr.Jeffery G.Kittingan (screenshot) (screenshot)

PENDAPAT Edmund Bon yang melantik dirinya sebagai 'pakar' perlembagaan, tidak disokong kredibiliti atau fakta pencapaian di mana-mana mahkamah atau tulisan-tulisan berbentuk akademik mahupun tulisan-tulisan undang-undang yang dijadikan sebagai rujukan undang-undang.

Peguam tersebut hanya asyik mengangat bakul sendiri tanpa sokongan mana-mana pihak termasuk para pengamal undang-undang.

Seperti juga Dr. Jeffrey yang berperilaku pandai daripada mana-mana pihak. Edmund Bon juga sedemikian! Kedua-dua individu tersebut hanyut dalam dunia fantasi atau ramalan tepat yang mereka cipta sendiri.

Angka 40 peratus yang mereka perkatakan kononnya boleh mencapai angka RM100 bilion dalam jangka 40 tahun yang bererti secara purata RM2.5bilion setahun. Jika dilihat peruntukan kerajaan persekutuan ke Sabah berpurata RM4 bilion setahun tidak termasuk bayaran royalti minyak, ertinya jika Sabah menuntut bayaran 40% daripada pendapatan bersih maka Sabah menerima lebihan bayaran RM1.5bilion setahun.

Terlihat bagaimana Dr Jeffery dan Edmund Bon mungkin sudah ketinggalan kereta api. Oleh itu, janganlah bercakap jika tidak tahu fakta.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook