Latest News

Wednesday 10 June 2015

DR. JEFFREY MEMAKSA ORANG LAIN MENERIMA PENDAPATNYA

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Undo Past Injustices and Return Sabah, Sarawak's Oil Oleh FB Tony Minggir (screenshot) (screenshot)
(ii)  Jeffrey hails Harris take on oil, gas resources Oleh Web Free Malaysia Today (screenshot) (screenshot)

TELAH kerap kali dijelaskan dan diterangkan, baik oleh Pengurusan Petronas juga melalui laporan audit dalaman Petronas, selain penjelasan daripada pemimpin kerajaan yang bertanggungjawab terhadap Petronas bahawa semua kawasan cari gali minyak di negara ini termasuk Sabah dan Sarawak terdiri daripada usaha sama dengan syarikat-syarikat besar minyak daripada negara-negara lain.

Melalui usaha sama tersebut, hanya 15 peratus keuntungan diperolehi Petronas secara kendiri dan daripada keuntungan tersebutlah dibahagi sama rata antara kerajaan Persekutuan, Sabah dan Petronas sendiri. 

Kerajaan Persekutuan memerlukan bayaran 5 peratus sebagai dana untuk penyediaan keselamatan bagi kawasan-kawasan cari gali sementara Petronas pula bayaran 5 peratus sebagai modal pusingan.

Bagaimana teori Dr. Jeffery boleh sampai kepada angka 20 peratus? Jika itu yang berlaku, tiada lagi syarikat yang mahu melabur dalam cari gali minyak di negara ini. Dengan itu, Petronas berulang kali menyatakan, jika angka 20 peratus dikenakan maka syarikat tersebut secara sukarela akan menghentikan sebarang operasi cari gali minyak di kawasan Sabah dan Sarawak.

Operasi cari gali minyak adalah industri padat modal yang bererti kos nilai berbilion diperlukan untuk beroperasi.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook