Latest News

Wednesday 3 June 2015

DR. JEFFREY TIADA SEMANGAT KEBANGSAAN

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Implement the True Federation of Malaysia Oleh FB Page State Reform Party, Sarawak (STAR) (screenshot) (screenshot)

SETIAP kali membuat kenyataan, Dr. Jeffrey pasti mengeluarkan kenyataan yang berbaur anti kebangsaan.

Setiap kali membuat kenyataan, menganggap pemimpin terdahulu yang berkorban untuk mencapai kemerdekaan diperlekehkan malah dianggap tidak berkemampuan atau tiada kredibiliti.

Setiap kali membuat kenyataan, pasti mengungkit masa lalu. Namun, malangnya hanya dia sahaja yang mengungkit sedangkan majoriti rakyat Sabah tidak berfikiran demikian.

Sejak sekian lama, isu yang dibangkitkan Jeffrey pada sebarang kesempatan adalah benda yang sama namun tidak juga mendapat sokongan rakyat.

Kemenangan di DUN Bingkor pada PRU-13 lalu, bukanlah kemenangan yang disokong sepenuhnya oleh rakyat kerana dia mendapat undi popular yakni akan menang kerana perpecahan undi.

Melalui kenyataan akhbar seperti mana dimuat naik oleh pemilik facebook tersebut adalah bukan kenyataan baru sebaliknya kenyataan yang berulang-ulang sejak tahun 90-an lagi.

Melalui kenyataan tersebut, seolah-olah Jeffrey sahaja yang tahu berkaitan Sabah dan menganggap  orang lain tidak tahu apa-apa.

Sebenarnya, melalui kenyataan tersebut menggambarkan bahawa Jeffrey senantiasa ke belakang dalam soal-soal memperjuangkan sesuatu untuk rakyat Sabah. Jeffrey hanya tahu membuat kenyataan di atas kertas tanpa sebarang hasil.

Sedangkan para pemimpin Sabah, melalui kepimpinan Datuk Seri Musa Aman dan Dato' Seri Najib Razak sedang rancak mengatur berbagai program dan projek untuk kepentingan Sabah dan rakyatnya.

Kerajaan melalui RMK11 misalnya telah memberi tumpuan kepada Sabah bagi merancangkan pembangunan dalam semua segi aspek. Sedangkan Jeffrey masih bermimpi dengan igauannya yang sebenarnya igauan tersebut  sudah lama terlaksana di Sabah.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook