Latest News

Thursday 25 June 2015

ESSCOM: DAKWAAN CABARAN 'MUSUH DALAM SELIMUT'?

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Tidak di Sangka MUSUH DALAM SELIMUT... Oleh FB Page 1 Suara Sabah (screenshot)
(ii) Terima kasih kepada semua dalan penternak projek I.c... Oleh FB Page Pembongkaran Penipuan BN UMNO (screenshot)

SETIAP jawatan yang bergaji dan di bawah agensi kerajaan mempunyai kelayakan tertentu yang patut dipenuhi sebelum seseorang itu dilantik. 

Mereka yang menjadi tali barut sebenarnya bukan penguatkuasa namun teman-teman atau kawan-kawan penguatkuasa yang menjadi musuh dalam selimut kepada para penguatkuasa tersebut. Namun, jika penguatkuasa juga terlibat sudah pasti turut ditahan dan disiasat.

Para tali barut ini tidak mudah dikenal pasti kerana mereka merupakan anggota sindiket yang bermotifkan kewangan. Mereka berkawan dengan para penguatkuasa. Mereka minum atau makan bersama-sama dengan penguatkuasa, di mana penguatkuasa tidak menyedari aktivtiti mereka.

Para tali barut ini terdiri daripada orang tempatan yang mungkin saja mempunyai kedai runcit atau kedai makan mahupun ada perniagaan kecil-kecilan. Mereka ini direkrut oleh sindiket sebagai agen para penculik dengan imbuhan kewangan.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook