Latest News

Sunday 7 June 2015

Gempa Bumi Sabah 2015


TIADA amaran, tiada tanda-tanda bahawa gempa bumi berukuran 6 atau lebih tepat 5.9 pada Skala Richter (Magnitude) yang menggegar khususnya di kawasan Ranau, Sabah di mana Gunung Kinabalu itu terletak yang bukan sahaja merosakan harta benda malah telah mengorbankan 19 nyawa.

Apa yang malang, sebahagian besar yang terkorban tersebut adalah pelajar belasan tahun. Juga, turut terkorban seorang malim gunung daripada kampung Kiau, Kota Belud iaitu mendiang Robbi Sapanggi.

Manusia hanya berusaha namun Maha Kuasa jugalah yang menentukan walaupun cerita dongeng kononnya gegaran yang melanda Gunung Kinabalu tersebut dikaitkan dengan pelancong asing yang bertelanjang 'bulat' sambil menunjukkan kemaluan mereka adalah penyebab penunggu atau pelindung gunung, Aki Nabalu tersebut murka. Walaubagaimanapun, perlu ada hormat dan adat resam masing-masing yang perlu dihormati ketika berada di kawasan orang.

Sebenarnya, Sabah tidak termasuk dalam lingkaran gunung berapi (Ring of Fire) - ROF. Menurut geosains, sejak sekian lama memang Sabah di luar gempa bumi. Oleh sebab itu, Sabah tidak dilengkapi pengesan gempa bumi.

Namun, manusia hanya boleh terikat dengan ilmu tetapi sekali lagi Maha Kuasa jualah yang menentukan. Ilmu yang mendasari bahawa Sabah di luar ROF, akhirnya kini sudah terdaftar sebagai kawasan dalam lingkaran ROF kerana berlakunya gegaran pada pagi Jumaat lalu sekitar tepat pukul 7.15:51 pagi di 10 kilometer Barat Laut, Ranau di mana epicentre atau gempa itu berada pada kedalaman 54 kilometer.

Manusia hanya boleh bersedih demikian juga rakyat Sabah dan keluarga mangsa. Tidak ketinggalan juga Ketua Menteri Sabah turut bersedih. Atas kesedihan tersebut, kerajaan Sabah telah mengumumkan hari berkabung pada 8 Mei hari Isnin dan meminta bendera negeri dikibarkan separuh tiang.

Usaha manusia untuk menyelamatkan dan mengurangkan impak musibah tersebut termasuk menggerakkan berbagai aset milik pasukan keselamatan negara seperti helikopter EC725, namun keadaan cuaca yang juga mencabar turut menghalang kerja-kerja menyelamat mangsa. Nampaknya, tekonologi tidak banyak membantu sebaliknya tenaga manusia juga yang mengambil peranan yang cukup besar.

Tindakan pasukan keselamatan dengan menggunakan tenaga empat kerat selain tindakan berani daripada para malim gunung mampu menurunkan semua pendaki gunung termasuk yang terkorban. Usaha ini haruslah diberi kepujian!

Kehilangan nyawa tidak boleh ditukar ganti namun kerajaan telah mengumumkan bantuan ehsan sebanyak RM10,000 setiap korban rakyat Malaysia sementara RM5,000 bagi yang tercedera.

Demi kelangsungan menariknya Gunung Kinabalu serta bagi menghindari korban nyawa yang bermula daripada sekarang, alat pemantau gempa bumi perlu dipasang di kawasan Gunung Kinabalu.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook